
Ungkapan MasyaAllah, Subhanallah,Nauzubillah dan Astaghfirullah seringkali kita sebut dalam keadaan tertentu. Ada kalanya kita menggunakan ungkapan yang salah pada keadaan yang tepat.
“Subhanallah, dia mampu menghafal al-Quran dalam masa sebulan.”
“Subhanallah , habis mati ternakan aku.”
“Masya-Allah, dia mampu menghafal al-Quran dalam masa sebulan.”
Apakah beza maksud dua ungkapan MasyaAllah dan Subhanallah
Maksud Subhanallah dalam bahasa melayu
Subhanallah” bermaksud “Maha Suci Allah” . Kita guna zikir ini pada sesuatu kejadian malang yang menakjubkan kerana keburukan atau kenegatifannya dan kita berharap kejadian itu TIDAK berlaku lagi atau berulang.
Maksud MasyaAllah dalam bahasa melayu
Manakala masya-Allah bermaksud “kejadian itu berlaku atas kehendak Allah”. Kita guna zikir ini pada sesuatu kejadian yang menakjubkan kerana kebagusannya dan kita berharap kejadian itu berlaku lagi atau berulang.

Maksud MasyaAllah, Subhanallah, Nauzubillah, Astaghfirullah
Subhanallah : Maha Suci Allah
Nauzubillah : Kami memohon perlindungan Allah
Penggunaan “MasyaAllah” ketika berhadapan dengan situasi yang tidak elok adalah salah dan tidak diajarkan. Yang patut kita lafazkan pada situasi kurang elok ialah “Astaghfirullah” (Aku memohon keampunan Allah) ataupun “Innalillah” (Kepada Allah kita kembali) ataupun “Nauzubillah”(Kami memohon perlindungan Allah).
Ungkapan “MasyaAllah” sepatutnya digunakan untuk perkara yang menggambarkan keindahan, ketakjuban yang positif terhadap sesuatu perkara. Sebagai contoh, kejayaan seseorang dalam pelajarannya atau bidangnya perlu kita sebut
“MasyaAllah, hebatnya dia dapat 10 A1 dalam SPM” atau “MasyaAllah, cantiknya baju awak”
Dalam masa yang sama, penggunaan kalimah ini boleh menghindari seseorang mendapat penyakit “ain” atau sumpahan mata . Oleh itu tidak hairanlah jika kita dapati di kebanyakan negara Arab, Pakistan dan Iran , mereka akan melakarkan perkataan “MasyaAllah” jika mereka sedang dalam proses pembinaan bangunan dan kalimah itu kekal sehinggalah bangunan siap dibina.
Manakala penggunaan kalimah Subhanallah pula biasa digunakan oleh baginda SAW dalam perkara yang dianggap pelik atau hairan pada perbuatan yang kurang tepat. Jika berlaku atau terdengar sesuatu yang negatif , kita ungkapkan “Subhanallah”.
Contohnya :
“Subhanallah, awak belum solat lagi?”
atau
“Subhanallah, kenapa boleh jadi macam tu?”
Apa apa pun semua ungkapan ini merupakan zikir kepada Allah.
