≡ Menu

Betulkah Diet Soda Kosong Kalori? “Kalau Kosong Mestilah Sihat Kan?” Baca Dahulu

MINUMAN bergas (bersoda) memang tidak asing kerana ia menjadi pilihan utama kita terutama semasa makan di restoran makanan segera.

Namun demikian, tahukah anda bahawa satu tin (300 mililiter) minuman bersoda tersebut, terdapat sembilan sudu besar gula di dalamnya?

Terdapat juga minuman diet bersoda dengan kosong kalori sekali gus memberi tanggapan yang baik terhadap diet tersebut.

Bagaimanapun, adakah minuman diet bersoda benar-benar sihat kerana tiada gula dan kalori?

Sebenarnya, untuk minuman diet bersoda, mereka menggunakan pemanis tiruan (gula sintetik) yang kini sering dikaitkan dengan obesiti dan diabetis.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

“Pemanis tiruan ini mampu memberikan rasa yang lebih manis daripada gula putih dalam jumlah sedikit.

“Terdapat pelbagai jenis pemanis tiruan yang sering digunakan di dalam makanan seperti aspartame, sakarin, sucralose, dan sebagainya,”

BACA:  Harta Itu Ujian Dan Juga Nikmat. Ada Yang Kaya Tapi Tidak Gembira

Mengapa pemanis tiruan itu bebas kalori?

Menjawab kepada soalan itu, pemanis tiruan berkenaan tidak dipecahkan semasa pencernaan ke dalam gula semula jadi seperti glukosa, fruktosa dan galaktosa yang kemudiannya digunakan untuk tenaga atau diubah menjadi lemak.

“Ia berbeza dengan pemanis tiruan kerana mereka tidak ditukar kepada kalori.

“Sebagai contoh, aspartame yang menjalani proses metabolik yang berbeza yang tidak menghasilkan gula mudah. Contoh lainnya seperti sakarin dan sucralose yang tidak dipecahkan sama sekali tetapi terus diserap ke dalam aliran darah dan diekskresikan melalui air kencing,”

Bagaimanapun, ia bukanlah alasan untuk mengamalkan diet bersoda.

“Jelas sekali ia adalah kerana pemanis tersebut dapat mengubah proses metabolik yang sihat dengan cara lain, khususnya dalam usus.

“Pemanis tiruan seperti sakarin dapat menukar jenis dan fungsi mikrobiotik usus dan komuniti mikroorganisma yang hidup di dalam usus, manakala aspartame pula mampu mengurangkan aktiviti enzim usus yang biasanya melindungi usus daripada diabetes jenis 2,”

BACA:  Inilah 5 Tanda-Tanda Awal Kanser Menyerang

Pada masa sama, kajian lain juga mendapati pengambilan satu tin diet bersoda dalam sehari secara berterusan boleh menganggu metabolisme sekali gus menyumbang kepada pengumpulan lemak dan menyumbang kepada penyakit jantung.

Lebih membimbangkan, pemanis tiruan itu juga boleh menyebabkan badan gagal mengawal pengambilan kalori seterusnya menyebabkan obesiti.

“Meskipun terdapat banyak kontroversi kesan gula tiruan ini, ia tidak menjadi masalah jika diambil secara sederhana dan tidak berlebihan,”

Oleh itu, berhati-hatilah dalam memilih minuman terutamanya yang mempunyai ‘gula tersembunyi’ di sebaliknya kerana ia boleh mengganggu kesihatan tubuh badan. Semoga bermanfaat.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.