≡ Menu

Betulkah Post Mortem Itu Bercanggah Dengan Ajaran Islam? Bukankah Islam Menghormati Tubuh Badan?

وَلَقَدْ كَرَّمْنَا بَنِي آدَمَ

“Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak Adam” [Surah Al-Isra’ 70]

#Menurut Imam at-Thabari rahimahullah: “Ayat ini menjelaskan bahawa Allah swt memuliakan anak-anak Adam dari sudut menjadikan mereka (golongan manusia) sebagai makhluk yang menguasai ke atas makhluk-makhluk yang lain”. (Rujuk Tafsir At-Thabari)

#Manusia bukan sahaja dimuliakan ketika hidup malah ketika mati pun wajib dihormati dan dimuliakan mayatnya apatah lagi dia sebagai seorang muslim. Menjaga kehormatan diri seorang muslim itu sesudah mati sama hukumnya seperti memelihara kehormatan dirinya semasa hayatnya.

#Rasulullah saw bersabda:

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

كَسْرُ عَظْمِ الْمَيِّتِ كَكَسْرِهِ حَيًّا

“Mematahkan tulang orang yang telah mati sama seperti mematahkannya ketika dia hidup” (HR Abu Dawud)

#Berkata Imam Ibn Hajar al-Asqalani: “Diambil faedah dari hadis ini, bahawa sesungguhnya kehormatan seorang mukmin kekal selepas matinya dia. Sebagaimana kehormatannya semasa hayatnya” (Lihat Fathul Bari)

#Sayidina Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah saw bersabda:

إِنَّ الْمُؤْمِنَ لاَ يَنْجُسُ

“Sesungguhnya seorang mukmin itu tidak najis” (HR al-Bukhari dan Muslim)

#Imam an-Nawawi ketika mensyarahkan hadis ini berkata: “Hadis ini merupakan suatu asas yang besar berkenaan dengan sucinya seorang muslim itu sama ada dalam keadaan dia hidup ataupun telah mati. Adapun sucinya seorang muslim dalam keadaan dia masih hidup, maka para ulama telah berijma’ (bersepakat) akan hal tersebut. Manakala kesucian mayat pula, para ulama berbeza pendapat dalam isu ini dan pendapat yang sahih adalah kesuciannya dan disebabkan itulah ia dimandikan”.

BACA:  7 Punca Kenapa Najis Anda Berdarah. Bukan Main-Main Tau!

#Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-61 yang bersidang pada 27 Januari 2004 dalam membincangkan hukum bedah siasat mayat yang kematiannya bukan dikategorikan sebagai kes jenayah telah memutuskan: “Hukum asal pembedahan mayat adalah haram tetapi dibolehkan dalam keadaan darurat dan terdapat keperluan yang mendesak seperti membuat kajian terhadap penyakit, mengenalpasti punca kematian, serta penyelidikan dan pendidikan khususnya dalam bidang perubatan”.

Islam merupakan satu agama yang amat menghormati dan memuliakan jasad atau batang tubuh seseorang manusia sama ada semasa hayatnya atau sesudah meninggal dunia. Oleh itu, muliakanlah diri kita dengan sifat taqwa

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.