≡ Menu

Beza Antara Air Mani Dan Air Mazi

Soalan; assalamualaikum ustaz, sy ingin bertanya tentang beza di antara kedua cecair tersebut (mazi dan mani). Sy seorang perempuan yang belum berkahwin. Sy mempunyai masalah keputihan dimana sy menggunakan pantiliner setiap masa. Adakah air mazi keluar jernih manakala air mani keluar kekuningan? Ini disebabkan sy telah membaca buku dan internet dimana terdapat pelbagai deskripsi dan sukar juga bagi sy untuk membezakan keduanya lagi2 kerana sy mempunai masalah keputihan yg berbau..

Adakah air mazi keluar hanya disebabkan syahwat? dan apakah syahwat itu adalah hanya apabila berimaginasi bukan2 tentang lelaki atau perempuan? Atau adakah cecair mazi boleh keluar tanpa berimaginasi bukan2? seperti jika kita berasa cemas adakah mazi boleh keluar?

BACA:  Wuduk & Hukum Yang Berkaitan

Sy juga selalu was-was tentang perkara ini menyebabkan sy mandi wajib 2,3 kali sehari. Kadang2 terbayangkan bukan2 tanpa sedar dan tak diingini tak keluar air dan kdg2 tanpa terbygkn tapi merasa cemas takut air mani keluar yg sy sedar ade cecair keluar. Sy harap ustaz boleh membantu sy. terima kasih.

Jawapan;

Bismilillah, walhamdulillah, wassolatu ala Rasulillah.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Bagi insan normal, air mazi dan air mani hanya keluar ketika syahwat. air mazi ketika sedang syahwat dan air mani pula ketika kemuncak syahwat. Mazi cairan nipis dan melekit, mani pula kental. Syahwat boleh timbul kerana hubungan suami isteri, berkhayal, melihat perkara yang menimbulkan syahwat atau sebagainya.

BACA:  Doa-Doa Nabi Ibrahim Yang Diajarkan Dalam Al-Quran. Insya'Allah Boleh Kita Amalkan

Tanpa syahwat, mungkin cairan yang keluar itu kecing, keputihan, peluh atau air wadi. Cairan-cairan itu keluarnya tidak memerlukan mandi, memadai membasuhnya sahaja dan mengambil wudhuk sebelum solat. Untuk penjelasan lanjut sila baca dalam blog saya; (https://www.islamituindah.us/air-yang-keluar-dari-kemaluan/) atau taip sahaja “mani” di bahagian carian/search, insya Allah lebih banyak jawapan ditemui.

Wallahu a’lam.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.