≡ Menu

Biarlah Tiada Rupa Asal Mampu Membahagiakan, Dan Membimbing Ke Jalan Yang Diredhai

Tidak dinafikan, wanita zaman sekarang memang mencari lelaki yang ada rupa dan berharta untuk dijadikan suami.

Soal lain dijadikan hal kedua kerana kriteria itu lebih diutamakan.

Namun sebenarnya lelaki yang kacak rupa parasnya bukan menjamin hidup jadi tenang tetapi lihatnya kesetiaan dan tanggungjawabnya.

Bukanlah bermaksud kita tidak perlu menjadikan itu sebagai pilihan dalam mencari Imammu, tetapi pandang juga perkara lain, terutama tanggungjawab dia menyediakan segala keperluan zahir dan batin buat pasangannya.

Sedikit perkongsian ilmu dari Imam Muda Hassan di laman Instagram yang elok untuk kita jadikan pengajaran dalam melayari kehidupan berumahtangga.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Percayalah, bukan handsomenya yang akan menjadikan hidupmu tenang, tapi kesetiaan dan tanggungjawabnya.

Percayalah wahai para wanita solehah sekalian, lelaki itu bukan handsomenya yang akan menjadikan hidupmu tenang, tapi tanggungjawab dan perhatiannya terhadapmu yang menjadikan hidup bersamanya menjadi tenang dan bahagia.

Habis tu, tak perlu ke cari suami yang handsome? Kami nak tengok muka dia tiap hari, bukan nak tengok tunggul kayu.

Ya memang Nabi SAW pun suruh cari pasangan yang cantik dan handsome, tapi itu tidak memberi jaminan yang kita akan bahagia hidup dengannya.

Kalau menurut hadith, kriteria utama untuk cari pasangan ialah yang beragama. Kenapa yang beragama? Sebab Pasangan yang beragama akan faham soal tanggungjawab, kesetian dan keadilan.

Sebab tu tak pelik bila kita lihat pasangan bagai pinang dibelah dua akhirnya kecundang di pertengahan jalan.

 

BACA:  Dalam Islam, Kita Diajar Mencari Sahabat Yang Mempunyai Ciri Ciri Ini.

Dan tak pelik juga ada pasangan yang kita lihat mereka ni dengan sebelah mata je, tapi bahagianya mereka sampai ke akhir hayat.

So jangan tertipu dengan rupa cantik dan handsome.

Bak kata iklan saham dalam radio, “tak handsome takpe asal kaya”. Itu versi iklan radio yang selalu terngiang-ngiang di telinga teman ni ha . Versi teman pula, “tak hansdome takpe asal bahagia”.

Demikianlah Perkongsian Imam Muda Hassan. Semoga perkongsian ini dapat kita teladani dalam menjalani kehidupan kita terutamanya dari segi munakahat

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.