Terutama Kaum Lelaki, Segera Hentikan Tabiat ini. Hukum Kencing Berdiri
Tabiat kencing sambil berdiri ini selalu berlaku pada anak-anak bahkan yang telah dewasa ada juga segelintir yang melakukannya. Selalunya anak-anak yang masih kecil selalu melakukan tabiat ini. Apabila ternampak anak-anak kencing berdiri, terus sahaja ibu bapa memarahi mereka. Pada masa sama, nasihat diberikan agar tidak lagi anak tadi berbuat demikian.
Ya, kita sememangnya diajar supaya menjaga adab sekalipun sedang membuang air kecil. Demikian perkara yang diterapkan sejak kecil lagi.
Malah, perkara itu juga selari dengan ajaran Islam yang menganjurkan umatnya supaya membuang air dalam keadaan duduk.
“Namun, menurut Imam Zahabi, perbuatan tidak menguruskan najis dengan baik adalah antara perilaku dosa-dosa besar. Ia penting bagi memanifestasikan keindahan Islam,”
Menurut Hadis Riwayat at-Tirmizi: “Sesiapa yang bercerita kepada kalian semua bahawasanya Rasulullah SAW itu kencing berdiri, maka janganlah kalian mempercayainya. Tidaklah Rasulullah SAW itu kencing melainkan dalam keadaan duduk.”
Ia jelas membuktikan larangan untuk kencing berdiri. Namun, telah wujud suatu hadis yang berlawanan dengan penyataan di atas.
Hadis yang dimaksudkan berbunyi: “Nabi Muhammad SAW mendatangi tempat buangan sampah sebuah kaum, kemudian baginda kencing secara berdiri. Kemudian, baginda meminta air, lalu aku membawanya dan baginda pun berwuduk.” (Riwayat al-Bukhari)
Beliau kemudian menukilkan pandangan Imam Ibnu Hajar bahawa Nabi Muhammad SAW membuang air kecil dengan cara itu untuk membuktikan kencing berdiri itu tidak haram.
“Namun, harus difahami bahawa ia hanyalah satu pengajaran daripada nabi dan bukannya galakan oleh baginda untuk kita berbuat demikian.
“Tuntasnya, menurut Mazhab Imam Syafie, hukum kencing berdiri adalah makruh,” tegasnya.
“Ayuh kita cuba elakkan. Ingat, kencing berdiri makruh, ‘kencing’ orang hukumnya haram,” tegasnya.
Apa-apapun, jangan biasakan diri kita daripada melakukan perkara yang makruh. Bukankah lebih elok jika kita melaksanakan perkara yang sunah, itu lebih baik.
Bahkan, ganjaran pahala sudah pasti menanti.