≡ Menu

Bibir Kering Itu Biasa, Tapi Bukan Untuk Diambil Mudah Ya!

HAMPIR semua orang pernah mengalami masalah bibir kering, apatah lagi ketika cuaca panas dan kurang minum air sehingga menyebabkan dehidrasi.

Namun mulut kering bukan hanya berpunca daripada masalah kurang air, ia boleh terjadi apabila kelenjar lidah tidak menghasilkan air liur yang cukup sehingga bibir tidak basah seperti biasa.

Walaupun bibir kering adalah perkara normal, jangan ambil mudah kerana sekiranya anda tidak mencegah dan merawat ia mampu mengakibatkan masalah kesihatan lain.

Minum air

BACA:  5 Petanda Anda Memerlukan Masa Untuk Bersendirian. Jangan Abaikan Kesihatan Mental Dan Emosi

Pulihkan mulut kering dengan memastikan tubuh badan anda kekal hidrasi, minum air mineral secukupnya.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Elak ubat tertentu

Terdapat satu kajian yang bertajuk A Guide to Medications Inducing Salivary Gland Dysfunction yang menyatakan lebih 90 peratus kes mulut kering disebabkan oleh ubat-ubatan.

Sekiranya pesakit makan ubat dan mengalami masalah mulut kering, segera dapatkan nasihat doktor untuk tindakan susulan.

Hindari tabiat menyebabkan dehidrasi

Minuman berkafein boleh menyebabkan anda mengalami dehidrasi secara tidak langsung dan mulut akan kering tanpa sedar.

BACA:  Malam Jumaat Baca Yasin Atau Al-Kahfi, Yang Mana Lebih Afdhal?

Selain minuman berkafein, pengambilan minuman alkohol dan merokok juga akan menyumbang kepada masalah ini.

Kurangkan makanan manis bagi mengatasi masalah mulut kering.

Ubat kumur

Ubat kumur antara cara efektif untuk mengurangkan masalah mulut kering, malah ia dapat meningkatkan kebersihan secara keseluruhan.

Disarankan anda menggunakan ubat kumur yang mengandungi xylitol untuk meningkatkan hasil pengeluaran air liur seperti biasa.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.