≡ Menu

Bila Curang Jadi Ketagihan Suami, Sedarlah Isteri Setia Itu Ada Batasnya

Berlaku curang dalam rumah tangga itu sebenarnya pilihan individu. Dia boleh saja tahan hati dari menjebakkan diri dalam cinta tiga segi. Boleh saja dari melayan emosi cinta selain isteri. Tapi akhirnya dia pilih curang.

Dan bila curang sudah terjadi.. dan diketahui. Itu memang silap besar. Kesannya bukan saja makan diri sendiri. Malah, orang yang kau pernah sayang, janji sehidup semati itu tercalar, tawar hatinya. Kalau pun masih setia.. cintanya bagaikan cermin yang pernah dihempas ke lantai. Walau disatukan, ia retak seribu.

Wahai isteri, setia itu ada batasnya. Ini yang dijelaskan BroOhsem, Akhtar Syamir. Kenapa kesetiaan isteri boleh jadi satu yang sia-sia. Lagi-lagi pada suami yang ketagih untuk curang.

Suami Curang Dan Kesetiaan Yang Sia-sia
Bila saya sering menulis mengenai kecurangan lelaki atau lebih tepatnya suami, ramai lelaki yang suruh saya adil dan tulis mengenai kecurangan isteri juga. Katanya sekarang kita di zaman lelaki dan wanita sama-sama naik. Katanya la..

Masalahnya, mana? Mana cerita yang isteri curang dengan lelaki lain? Kenapa jarang sekali kita dengar? Kenapa dari 100 kes yang kita dengar dan baca, mungkin 1 atau 2 sahaja pihak isteri yang menggatal? Yang 98 lagi tu takkan nak samakan dengan yang 1, 2 tu?

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Adil itu bukan sama rata, adil itu meletakkan sesuatu pada tempatnya. Dan kali ini saya meletakkan penulisan saya pada tempat yang 98 tu.

Curang ini adalah satu ketagihan. Bukan mudah untuk berhenti. Dalam 100 orang, mungkin 1 orang yang berjaya insaf dengan serta merta. Dari 100, mungkin 50 orang yang berniat mahu insaf. Dari 50 itu pula, mungkin ramai lagi yang gagal berubah dan yang selebihnya memang tidak mahu berhenti dari curang. Mereka hanya berhenti seketika apabila perbuatannya diketahui sahaja. Jika tak tertangkap, pasti diteruskan lagi kecurangan itu.

Yang tidak mahu berubah ini memang ketagihan. Mereka rasakan satu nikmat keseronokan atau dalam English, “pleasure” dari perbuatannya. Ditambah dengan keseronokan apabila berjaya menyimpan rahsia dan tidak dihidu perbuatan itu dari pasangannya. Ia bagaikan satu permainan bagi mereka. Mereka dahagakan perasaan nafsu dicampur sedikit rasa bersalah itu. Perasaan seperti ini seperti memberi mereka kebanggaan dan rasa kejayaan.

Bila Curang Jadi Ketagihan Suami, Sedarlah Isteri Setia Itu Ada Batasnya

Curang Bukan Kesilapan, Ianya Satu Pilihan
Curang itu bukan kesilapan. Tolong berhenti menjadikannya alasan untuk curang. Curang itu satu pilihan yang dibuat di dalam sedar. Jika kamu kata ianya kesilapan, hanya orang yang tidak cerdik akan mempercayainya.

Dan kadang-kala ada isteri yang kurang cerdik. Saya bukan nak merendah-rendahkan orang sebegini. Kalau anda telah ditipu berkali-kali, anda sememangnya layak untuk berada di dalam situasi itu. Nak jaga hati siapa lagi kalau bukan diri sendiri?

Si suami tu dah ternyata tak memikirkan perasaan pasangannya dan sanggup menolak tepi semua kebaikan, kenangan, masa bersama dan harapan isterinya apabila dia mula curang. Masih nak jaga hati si pembelot perkahwinan itu?

Ada yang kata jika suaminya benar-benar insaf, mereka akan memaafkannya. Saya nak tanya, bagaimana agaknya perasaan mereka bangun pagi dan melihat muka orang disebelahnya yang pernah tidur dengan orang lain selain isterinya? Sayang sangat ke? Bangga sangat ke dengan kesetiaan yang sia-sia tu? Jika anda dapat memandang muka suami penipu sama seperti anda pandang dia semasa baru berkahwin dulu, memang dia untuk kamu dan kamu untuk dia. Sesuai sangat.

BACA:  Jikalau Ingin Selamatkan Rumahtangga, Selamatkan Dahulu Solatmu Dahulu

Sedarlah Isteri, Penipu Takkan Berubah.. Tolong Beranikan Diri
Berhenti berbangga dengan kesetiaan yang sia-sia. Anda telah ditipu berkali-kali dan penipu itu takkan berubah. Beranikan diri, anda tak patut dilayan sebegitu. Dapatkan pendapat orang di Jabatan Agama secepat mungkin. Si pencurang mengambil peluang di atas kesetiaan anda sebenarnya.

Rumusannya :
1. Orang yang curang, besar kemungkinan seorang yang ketagihan untuk curang berkali-kali.
2. Berhentilah kesetiaan yang sia-sia ini. Anda bakal ditipu lagi dan lagi.

Tiada kesudahan yang manis dari kecurangan. Ianya tawar dan pahit serta meninggalkan kesan yang bakal diingati sampai bila-bila.

Mula buka mata. Mula pasang telinga. Jika anda sayangkan keluarga anda, perlu kesan perkara ini dari awal dan perlu elakkannya.

Kepada yang kata suami curang disebabkan isteri adalah satu alasan sampah. Isteri mungkin boleh jadi punca kepada ketidakbahagiaan, tetapi bukan punca untuk kecurangan. Punca curang terhasil dari pilihan sendiri. Bukan orang lain.

Semoga ramai yang terjaga dari tidur yang lena. Sila SHARE peringatan ini dengan orang lain supaya lebih ramai yang akan celik matanya.

Adakah curang itu satu kesilapan atau pilihan? Kongsikan pendapat anda di komen.

Sumber/Foto : AkhtarSyamir

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.