≡ Menu

Body Shaming Ni Dah Wujud Zaman Rasulullah. Dan Baginda Sangat Membencinya

Telah tersebar video seorang wanita mencerca dan mengeluarkan kata-kata kesat sehingga menghina tubuh wanita yang lain (body shaming). Sebarang perbuatan menyakiti manusia lain adalah ditegah dalam Islam.

Sebahagian sahabat pernah mentertawakan Saidina Abdullah bin Mas’ud kerana beliau memiliki betis yang sangat kurus. Rasulullah ﷺ menegur perbuatan tersebut dan berkata:

وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ، لَهُمَا أَثْقَلُ فِي الْمِيزَانِ مِنْ أُحُدٍ

BACA:  Awas! Inilah Kesalahan Memberi Salam Tahiyyat Akhir Yang Ramai Lakukan

Demi Allah yang jiwaku berada ditanganNya, kedua betis beliau (yang kamu ejek itu) lebih berat timbangannya dari Bukit Uhud (HR Ahmad)

Seorang sahabat pernah mencerca Saidina Bilal dengan menyebut kulit Bilal yang hitam. Tindakan sahabat ini ditegur oleh Rasulullah:

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

إِنَّكَ امْرُؤٌ فِيكَ جَاهِلِيَّةٌ

Sesungguhnya engkau memiliki sifat Jahiliah! (kerana mengejek sahabatmu) (HR al-Bukhari). Melalui hadis ini, Rasulullah membayangkan bahawa perbuatan mencerca orang lain dengan menyebut kekurangan tubuh mereka bukanlah sifat seorang muslim bahkan sifat Jahiliah.

BACA:  Lapan Hikmah Di Sebalik Ujian, Tanda Allah Sayang Kepada HambaNya

Tindakan menyakiti orang lain dengan mulut kita adalah perkara yang ditegah oleh Rasulullah. Andai kita sedang marah, kawallah diri agar kita tidak mengucapkan perkataan yang akan kita kesali.

Semoga Allah membimbing kita.

 

Sumber

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.