≡ Menu

Boleh Atau Tidak Belajar Al-Quran Melalui Online, Ini Hukumnya Patut Kita Tahu


SOALAN:

Apakah boleh mempelajari bacaan al-Quran hanya menerusi online atau cakera video digital (DVD).

JAWAPAN:

Mempelajari teknik bacaan al-Quran melalui perisian komputer adalah harus dan dibolehkan jika orang itu sudah mahir dan fasih terhadap teknik pembacaan al-Quran. Namun, adalah lebih baik dia mempelajari segala teknik bacaan al-Quran secara musyafahah (membacanya) di hadapan guru al-Quran yang mursyid.

Golongan yang jahil terhadap bacaan al-Quran tidak boleh mempelajarinya melalui perisian komputer semata-mata. Bahkan dia perlu membacanya di hadapan seorang guru supaya tidak berlaku sebarang kesalahan dalam mendalami teknik bacaan yang dimaksudkan itu.

Bacaan al-Quran ini sangat unik. Pembacanya akan mendapat pahala, manakala pendengar juga turut mendapat pahala. Selain itu, al-Quran amat sukar dipelajari teknik pembacaannya hanya melalui perisian komputer dan sebagainya.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Membaca al-Quran memerlukan kepada praktikal dan pembetulan terhadap bacaan secara berulang kali oleh guru yang mahir dalam bidang al-Quran.

BACA:  Ziarah Palestin & Masjid Al-Aqsa, Pasangan Ini Berkongsi Cara Untuk Melepasi Sempadan Jordan dan Palestin

Tidakkah ia akan merugikan hidupnya yang tidak pandai membaca al-Quran? Jika hal seperti ini berlaku dalam kehidupan umat Islam, bagaimanakah seseorang yang jahil mengenai al-Quran ingin mengetahui tahap bacaannya sama ada salah atau betul.

Nabi SAW bersabda: “Sebaik-baik kamu adalah golongan yang mempelajari al-Quran dan mengajarnya kembali.” (Riwayat al-Bukhari)

Galakan seperti itu yang menyebabkan sahabat mempelajari al-Quran dan membacanya di hadapan Baginda SAW tanpa rasa malu serta jemu. Diriwayatkan Ibn Abi Shaybah dan Ibn Jarir al-Tabari bahawa Abdullah al-Salami pernah berkata:

BACA:  Kelebihan Solat Malam Sama Seperti Sedekah Secara Sembunyi

“Sahabat yang telah membaca dan mempelajari al-Quran daripada Rasulullah pernah menasihati kami dengan berkata: Sesungguhnya kami mengambil ayat al-Quran daripada Rasulullah SAW sebanyak sepuluh ayat pada setiap pertemuan. Kami tidak akan berpindah kepada ayat lain sehinggalah bacaan kami diperbetulkan oleh Nabi SAW. Tidak cukup sekadar itu sahaja, kami juga turut memahami ayat itu dan seterusnya beramal dengannya.”

SUMBER: Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim Via BERITA HARIAN

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.

x