≡ Menu

Boleh Ke Beribadah Ketika Mendaki Gunung? Hadis Ini Menjelaskannya

Beribadah Semasa Mendaki Gunung

وَأَلۡقَىٰ فِي ٱلۡأَرۡضِ رَوَٰسِيَ أَن تَمِيدَ بِكُمۡ وَأَنۡهَٰرٗا وَسُبُلٗا لَّعَلَّكُمۡ تَهۡتَدُونَ

“Dan Ia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya ia tidak menghayun-hayunkan kamu; dan Ia mengadakan sungai-sungai serta jalan-jalan lalu lalang, supaya kamu dapat sampai ke matlamat yang kamu tuju” [Surah an-Nahl 15]

Allah swt menceritakan fungsi gunung dan bukit di dalam al-Quran. Sebenarnya kewujudan gunung-ganang dan bukit bukau di atas muka bumi ini adalah untuk memberi kestabilan kepadanya serta menjadi pasak bagi bumi tersebut.

وَٱلۡجِبَالَ أَوۡتَادٗا

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

“Dan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya?” [Surah an-Naba’ 7]

Kewujudan gunung ganang juga sebagai tanda kebesaran dan menunjukkan kehebatan kekuasaan Allah swt.

قُلِ ٱللَّهُ خَٰلِقُ كُلِّ شَيۡءٖ وَهُوَ ٱلۡوَٰحِدُ ٱلۡقَهَّٰرُ

Katakanlah: “Allah jualah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa” [Surah ar-Ra’d 16]

BACA:  Sedeqah Subuh, Betapa Hebatnya Amalan Mudah Ini.

Daripada Sayidina Abdullah bin Umar r.huma:

كَانَ النَبِيُّ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم وجيُوشُهُ إِذَا عَلَوُا الثَّنَايَا كَبَّرُوا، وَإذَا هَبَطُوا سَبَّحُوا

“Dahulu, ketika Nabi saw bersama tenteranya menaiki bukit, mereka bertakbir, dan apabila turun, mereka bertasbih” (HR Abu Daud)

Diriwayatkan daripada Sayidina Jabir bin ‘Abdullah r.a:

كُنَّا إِذَا صَعِدْنَا كَبَّرْنَا، وَإِذَا نَزَلْنَا سَبَّحْنَا‏

“Adalah kami ketika mendaki (melalui kawasan berbukit) maka kami bertakbir dan jika sedang turun (dari kawasan berbukit) maka kami bertasbih” (HR al-Bukhari)

Dalam Syarah Riyadhus Solihin: “Imam an-Nawawi rahimahullah meletakkan hadis ini di dalam kitabnya di bawah bab adab ketika bermusafir yang mana di antara adab ketika bermusafir itu adalah dengan bertakbir (sekali, dua kali atau tiga kali) ketika sedang mendaki sesuatu yang tinggi seperti bukit ataupun sedang terbang naik ke udara seperti di dalam kapal terbang dan ketika turun dari kawasan tinggi hendaklah bertasbih (sekali, dua kali atau tiga kali).

BACA:  Tak Ramai Pesakit Diabetes Tahu Yang Kacang Kuda Ini Boleh Menurunkan Paras Gula

Ini kerana manusia, jika berada di kedudukan yang tinggi akan merasakan dirinya yang paling agung dan hebat. Dengan bertakbir, ianya akan menolak jauh perasaan tersebut serta berasa kerdil dengan kebesaran Allah swt. Ianya bermaksud, jika kamu berasa tinggi terhadap diri kamu, maka sesungguhnya Allah swt adalah yang Maha Tinggi daripada kamu. Begitu juga ketika turun, maka hendaklah bertasbih kerana dengannya kita mensucikan Allah swt dari segala sifat yang tidak layak bagiNya”.

Setiap ciptaan dan kejadian Allah swt semuanya mengandungi hikmah dan kelebihannya. Maka ambillah manfaat daripada penciptaanNya dan banyakkan berzikir bagi mengingatiNya

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.