≡ Menu

Boleh Ke Ganti Nasi Dengan Kentang? Kan Itu Karbohidrat Jugak? Sihat Ke

“Saya suka sangat kentang dan makan hampir setiap hari.”

Tapi terfikir juga agaknya apa yang berlaku kalau setiap hari makan kentang? Elok ke tak untuk kesihatan? Apa yang berlaku pada diri?

Kerana teknik penyediaan kentang yang stereotaip, selalunya digoreng, sedikit sebanyak orang menganggapnya sebagai makanan tidak sihat.

Jangan takut makan kentang setiap hari
Makan separuh kentang sehari boleh menjadi sebahagian daripada diet yang sihat dan tidak meningkatkan risiko cardiometabolic – kemungkinan menghidap diabetes, penyakit jantung atau strok, selagi kentang dikukus atau dibakar, dan disediakan tanpa menambahkan terlalu banyak garam atau lemak tepu, menurut kajian pakar pemakanan The Pennsylvania State University.

Nutrien dalam kentang

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Kentang kaya dengan nutrien selain hanya karbohidrat saja. Kulit kentang kaya dengan kalium dan isinya mengandungi unsur magnesium, zat besi, zink, natrium dan kalsium. Ini juga sangat kaya dengan vitamin C dan serat yang baik untuk kesihatan kulit dan usus.

BACA:  13 Tips Mudah Menghafal Al-Quran. Bolehlah Kita Ikhtiar Agar Al-Quran Lekat Di Dada

Kekuatan tulang

Kehadiran kalsium, magnesium dan zink dalam kentang membantu membina struktur dan kekuatan tulang. Zink dan zat besi juga bertanggungjawab untuk pematangan kolagen dalam badan. Jumlah fosforus yang sedikit dan kalsium memastikan mineralisasi tulang yang betul.

Kentang zero kolesterol

Kentang sama sekali tidak mengandungi kolesterol. Proses memasak yang menambahkan kolesterol seperti menggoreng. Tahap vitamin B6, vitamin C, serat dan kalium dan tanpa kolesterol promote kesihatan jantung yang baik. Serat diketahui dapat menurunkan kolesterol jahat dan menjaga jantung yang sihat.

Pengawalan darah

Untuk mengekalkan tahap tekanan darah yang sihat di dalam badan, penting untuk mengambil lebih sedikit kuantiti natrium dalam makanan anda. Pengambilan kalium membantu dalam saluran darah, mewujudkan vasodilation.

Nutrien lain seperti kalsium dan magnesium juga diketahui dapat menurunkan tekanan darah badan secara semula jadi.

BACA:  Usah Berbangga Dengan Dosa Yang Dilakukan. Baca Dan Fahami Hadis Ini

Kadang-kadang tak elok kalau…
Kadang kala, makan kentang sebenarnya boleh menyebabkan kenaikan berat badan. Terutama lika digoreng atau disajikan dengan penambahan lemak seperti keju.

Orang yang menghidap diabetes harus berhati-hati dengan kentang, banyak jenis kentang mempunyai indeks glisemik yang sangat tinggi.

Tahukah, kentang sebagai sajian harian berkhasiat dan menjadi sumber tenaga dalam memperkasakan mereka yang aktif terutama atlet.

Jurulatih Kecergasan, Kimberly Yap, berkata kentang menjadi pilihan atlet yang menggantikannya dengan pengambilan karbohidrat lain sebagai sumber tenaga utama. Kentang dipilih sebagai makanan terbaik bertenaga tinggi dalam menu diet atlit terutama bagi acara lasak.

Jadi, kesimpulannya kentang elok dimakan setiap hari tapi dengan teknik penyediaan yang betul, sama ada dikukus atau dibakar.

Selamat Beramal!

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.