≡ Menu

Bolehkah Gabung Puasa Ganti Dan Puasa Enam? Ini Penjelasannya

Bila masuk bulan Syawal selain menyambut Hari Raya Aidilfitri adalah amalan puasa sunat enam. Amalan puasa sunat enam ini dilakukan ketika dalam bulan syawal sahaja dan ramai yang bertanya bolehkan puasa sunat enam ini digabungkan sekali dengan puasa ganti.

Almaklum rata-rata ramai yang ingin satukan kedua-dua puasa untuk memudahkan urusan ganti puasa dan dalam masa yang sama dapat menunaikan amalan sunat.

Tapi persoalannya adakah perbuatan ini dibolehkan? Ketahuinya jawapannya di bawah.

Kenali Apa Itu Puasa Sunat Enam

Puasa sunat enam ialah puasa sunat yang dikerjakan sebanyak enam hari di bulan Syawal. Ianya sunat dan lebih afdal dikerjakan secara berturut-turut di awal bulan Syawal iaitu bermula dari 2 haribulan Syawal. Selain itu, puasa sunat enam ini juga boleh dikerjakan secara berselang-seli dalam bulan Syawal.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Untuk pengetahuan semua sebenarnya besar fadhilat serta ganjaran mengerjakan puasa sunat enam ini. Diriwayatkan daripada Abu Ayyub Al-Anshari Radhiallahu’anhu, beliau telah berkata bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:

BACA:  Fadhilat Berselawat Pada Hari Jumaat. Subhanallah

Maksudnya “Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, adalah (puasanya itu) seperti puasa sepanjang tahun” – Hadis riwayat Imam Muslim

Cara niat puasa sunat enam

“Sahaja aku berniat puasa esok hari enam hari syawal kerana Allah Taala”

Menggabungkan Dua Ibadat Dengan Satu Niat, Boleh Ke?

Isu menggabungkan dua ibadat dengan menggunakan satu niat (tasyrik) banyak perselisihan pendapat. Menurut penceramah bebas Mohd Sobri berkata, lebih afdal dan utama bagi wanita mengasingkan puasa enam dan puasa qada yang dilakukan sebagai ganti terhadap puasa yang ditinggalkan kerana haid.

Untuk mendapatkan ganjaran pahala berkat, wanita harus mengasingkan puasa sunat enam dan puasa ganti. Jadi antara dua puasa ini yang mana satu harus didahulukan?

Menurut penceramah bebas dari Mudir Pondok Turath Islam Baitussaadah berkata, lebih afdal jika wanita melakukan puasa sunat enam dahulu dalam bulan Syawal dan setelah selesai barulah dilakukan puasa ganti tersebut.

BACA:  Sedekah, Mampu Menyelamatkan Kita Daripada Azab Api Neraka. Subhanallah


Selain itu, Mufti Wilayah Persekutuan juga turut menjelaskan terdapat dua pandangan ulama di mana yang pertama terdapat pandangan puasa sunat enam dan puasa ganti hendaklah diasingkan. Ada pula pendapat kedua menyatakan hukum menggabungkan niat puasa ganti dan puasa sunat enam dibolehkan.

Melihat pandangan yang berbeza pastinya ramai antara kita menjadi ragu-ragu untuk melakukan amal ibadah ini bukan.

Jika dilihat di umat Islam di Malaysia cenderung mengikuti Mazhab Imam Syafie, justeru itu mengikuti pandangan dari Imam Syafie dimana amal ibadat puasa sunat enam dan puasa ganti dilakukan secara berasingan.

Jadi lebih afdal kita lakukan puasa sunat enam dan puasa ganti secara berasing, jom puasa sunat enam Syawal esok!

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.