≡ Menu

Bolehkah Ibu Mengandung Makan Durian? Bukankah Itu Buah, Ada Risiko Ke?

Contoh sebakul 50kg“Bolehkah ibu mengandung makan durian?” Ini antara soalan yang paling popular ditanya bila masuk musim durian di Malaysia.

Musim durian menjelma lagi. Semakin ramai orang menjual durian di tepi jalan dengan harga yang murah.

Seperti yang kita biasa dengar, durian boleh menyebabkan badan kita ‘panas’.

Jadi, sesuaikah durian untuk dimakan bagi ibu mengandung?

Jom kita ketahui dengan lebih lanjut.

Dalam menjaga pemakanan ketika mengandung, para ibu perlulah memastikan supaya nutrisi penting tidak ditinggalkan agar kandungan dapat membesar dengan sihat.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Menurut pakar perubatan janin, durian boleh dimakan oleh ibu mengandung, tetapi dalam kuantiti terhad sahaja.

Ibu mengandung yang didiagnos dengan diabetes perlu elakkan makan durian kerana kandungan gulanya yang cukup tinggi.

BOLEHKAH IBU MENGANDUNG MAKAN DURIAN?

Antara perkara yang perlu dititikberatkan oleh ibu mengandung ialah pemakanan supaya ibu dan kandungan sentiasa sihat.

Bagaimana pula kalau ibu mengandung mengidam nak makan durian? Bolehkan ibu mengandung makan durian macam biasa?

BACA:  Perlunya Kita Pelihara Aqidah Anak Kita Di Zaman Yang Serba Moden Ini

KHASIAT DURIAN UNTUK IBU MENGANDUNG

Walaupun hanya boleh dimakan dengan kuantiti yang sedikit, durian boleh membekalkan khasiat untuk ibu mengandung. Ia mengandungi pelbagai vitamin dan mineral yang baik untuk kesihatan ibu dan bayi.

Antara khasiat yang terkandung dalam durian ialah vitamin C, vitamin B, serta mineral penting seperti zat besi, magnesium, dan kalsium.

Mineral folat yang terkandung dalam durian pula baik untuk perkembangan otak dan tulang belakang bayi dalam kandungan.

Khasiat zat besi pula dikatakan dapat melindungi para ibu daripada anemia atau kekurangan sel darah merah.

BOLEHKAH IBU MENGANDUNG MAKAN DURIAN? INI ANTARA RISIKONYA

Jika para ibu makan durian tanpa kawalan, ia boleh membahayakan ibu dan kandungan. Ibu mengandung boleh terdedah kepada beberapa risiko jika terlebih makan durian.

1. Meningkatkan Paras Gula Dalam Darah

Rasa durian yang berlemak dan manis ini mengandungi kadar gula yang amat tinggi. Berdasarkan kajian daripada British Journal Of Obstetrics and Gynaecology, pengambilan diet yang tinggi kadar gula boleh mengakibatkan risiko bayi dilahirkan terlalu berat.

BACA:  Berusahalah Untuk Berdakwah. Sampaikanlah Walau Sepotong Ayat, Subhanallah

Bagi para ibu yang disahkan menghidap diabetes gestational atau mempunyai sejarah diabetes dalam keluarga, seeloknya elakkan pengambilan durian.

 

2. Obesiti

Seulas durian mempunyai kalori sekitar 54 hingga 60 kalori! Oleh itu, pengambilan durian yang terlalu banyak ketika hamil adalah tidak digalakkan apatah lagi jika para ibu mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti.

Disebabkan durian mengandungi nilai glisemik yang tinggi, pengambilan durian pada trimester akhir boleh menyebabkan obesiti pada janin.

Berdasarkan perkongsian dari HelloDoktor, pengambilan kalori berlebihan ketika mengandung juga boleh menyebabkan komplikasi lain seperti diabetes gestational, preeklampsia, kelahiran pramatang dan jangkitan salur kencing.

 

Dalam sesetengah kes, berat badan berlebihan juga menyebabkan gangguan ketika dibius dengan epidural semasa proses bersalin.

Sebaiknya, para ibu perlulah mengawal pengambilan durian ketika hamil bagi mengelakkan sebarang komplikasi.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.