≡ Menu

Bolehkah Membaca Surah Yang Sama Dalam Setiap Rakaat?

Jika kita menunaikan solat secara berjemaah di masjid, perasan tak bahawa surah dalam solat yang dibaca adalah berbeza-beza dan sedikit panjang. Lalu, ramai yang bertanyakan ahli ulama sama ada perlu atau tidak kita membaca surah yang berbeza dalam solat di rumah?

Bagi merungkaikan persoalan ini, ada yang bertanyakan soalan kepada Mufti Wilayah Persekutuan supaya dapat mengerjakan solat dengan sah. Kalau yang disarankan untuk membaca surah yang lain, tidak salah untuk kita lakukan bagi mengejar pahala.

BACAAN SURAH DALAM SOLAT SAMA SETIAP RAKAAT, BOLEH KE?

Apa hukum membaca surah yang sama selepas Al-Fatihah di kedua-dua rakaat yang awal dalam solat?

Pada asasnya, membaca surah selepas bacaan al-Fatihah adalah sunat walaupun hanya surah pendek. Bukan itu sahaja, adalah disunatkan untuk anda membaca surah pada dua rakaat yang awal, sama ada solat secara jahriyyah atau sirriyah. Adapun makmum tidak disunatkan membaca surah bahkan digalakkan untuk mendengar bacaan surah yang dibaca oleh imam.

Menjawab persoalan di atas, dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Mu’az bin Abdillah al-Juhaniy, bahawa seorang lelaki dari Juhainah mengkhabarkan kepadanya:

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

أَنَّهُ سَمِعَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : يَقْرَأُ فِي الصُّبْحِ ( إِذَا زُلْزِلَتْ الْأَرْضُ ) فِي الرَّكْعَتَيْنِ كِلْتَيْهِمَا ، فَلَا أَدْرِي أَنَسِيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمْ قَرَأَ ذَلِكَ عَمْدًا

Maksudnya: Bahawa dia mendengar Nabi SAW membaca di dalam solat Subuh ‘إِذَا زُلْزِلَتْ الْأَرْضُ’ pada kedua-dua rakaat. Aku tidak tahu sama ada Nabi terlupa ataupun sengaja membacanya di dalam kedua-dua rakaat.

Menurut pandangan dari Ibn Qudamah, sekiranya seseorang membaca pada rakaat (pertama) sesuatu surah, kemudian mengulanginya pada rakaat kedua, maka tidak mengapa. Ini berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh Abu Daud dengan sanadnya daripada lelaki dari Juhainah, bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW membaca dalam Solat Subuh dengan surah “إذا زلزلت” (Surah al-Zalzalah) pada kedua-dua rakaat.

BACA:  Isteri Tuntut Fasakh Kerana Suami Ada AIDS. Adakah Islam Membenarkannya?

Jadi kesimpulannya, adalah harus bagi seseorang untuk membaca surah tertentu selepas Al-Fatihah pada rakaat yang pertama, kemudian dia membaca surah yang sama pada rakaat yang kedua.

Walaupun begitu, Mufti berpendapat adalah afdhal membaca surah yang berlainan atau ayat yang berlainan berdasarkan kebanyakan amalan Nabi SAW ketika membaca selepas Al-Fatihah dalam solat. Justeru, keharusan bukan bermakna menjadi adat yang diulang pada setiap kali solat, tetapi perbuatan yang ghalib hendaklah dilakukan oleh para imam ketika solat.

 

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.