≡ Menu

Bolehkah Memberi Salam “Assalamualaikum” Sahaja Semasa Tahiyat Akhir?

Soalan; sedikit sambungan soalan ustaz, mengenai rukun qauli semasa salam pertama, adakah wajib qauli setakat assalamualaikum atapun sampai habis assalamualaikum warahmatullah.

Jawapan;
Sekurang-kurang memberi salam ialah; Assalamu alaikum. Paling sempurna; Assalamu alaikum warahmatullah. Hadis dari Ibnu Mas’ud RA menceritakan; Nabi SAW memberi salam ke kanan dan ke kiri, dengan melafazkan;
السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ
(Sunan at-Tirmizi; 295. Sunan Abu Daud; 996. Hadis hasan soheh).
Menurut mazhab Syafiie, tidak disunatkan menambah; wabarakaatuh. Sebahagian ulamak (mazhab Hanbali) membolehkan tambahan; wabarakaatuh, berdalilkan hadis dari Wail bin Hujrin RA yang menceritakan;
صَلَّيْتُ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَكَانَ يُسَلِّمُ عَنْ يَمِينِهِ: «السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ»، وَعَنْ شِمَالِهِ: «السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ»
“Aku solat bersama Nabi SAW, maka baginda memberi salam ke kanannya dengan melafazkan; Assalamu ‘alaikum warahmatullah wabarakaatuh, dan ke kiri dengan lafaz; Assalamu alaikum warahmatullah” (Sunan Abu Daud; 997).
Wallahu a’lam.
Rujukan;
1. Minhaj at-Tolibin, Imam an-Nawawi.
2. Mughni al-Muhtaj, Syeikh al-Khatib as-Syirbini.
3. Kasysyaf al-Qina’ ‘an Matn al-Iqna’, Syeikh Mansur al-Bahuti (1/361).

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.