≡ Menu

Bolehkah Wanita Hamil Makan Telur? Ini Khasiatnya

WAKTU hamil amat penting buat kaum wanita untuk menjaga pola pemakanan yang lebih sihat untuk perkembangan bayi.

Tahukah anda bahawa telur amat baik dan mempunyai manfaat buat ibu hamil serta menyusu?

Buat wanita yang sedang hamil dan menyusu, telur mengandungi sumber mineral dan vitamin yang jarang didapati dalam makanan lain seperti vitamin D.

Namun penting untuk anda memastikan telur tersebut dimasak dengan betul untuk mengelakkan ia mengandungi bakteria yang boleh menyebabkan cirit birit.

Protein

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Kebiasaannya ibu hamil memerlukan protein harian sebanyak 40 hingga 70 gram sehari, salah satunya adalah daripada telur.

BACA:  Bosan Sayuran Darat, Ini Manfaat Rumpai Laut Kepada Kesihatan Kita.

Kandungan protein dalam telur membantu untuk meningkatkan perkembangan sel-sel janin.

Bagi yang menyusu pula, telur dapat menggantikan semula otot-otot rosak ketika melahirkan sekaligus membantu perkembangan otak si kecil.

Omega 3

Telur mempunyai nutrisi omega 3 dimana kandungan DHA dan EPA dapat membantu menurunkan risiko kelahiran bayi pra matang sehingga 42 peratus.

Zat Besi

Ibu hamil berkemungkinan kerap mengalami anemia atau kekurangan zat besi ketika masuk trimester kedua.

Tetapi dengan mengamalkan sebiji telur ia dapat membantu untuk memenuhi keperluan zat besi daripada tubuh badan.

Fresh farm eggs cracked and scrambled for a meal for the chickens.

Kolin

BACA:  Adab Yang Diajarkan Rasulullah Sebelum Tidur. Amalkan Setiap Malam

Bukan hanya protein, malah telur juga amat kaya dengan kandungan kolin yang dapat membantu proses perkembangan otak bayi sewaktu dalam kandungan.

Ia juga berperanan untuk mengurangkan risiko terjadinya cacat saraf dan janin mampu terbentuk secara sihat.

Vitamin A & B12

Makan telur bagi ibu menyusu juga amat baik kerana khasiat nutrisi seperti vitamin A, B12 dan selenium di dalam telur membantu mempertingkatkan sistem daya tubuh.

Selain menjaga pola pemakanan, jangan ragu-ragu untuk mendapatkan konsultasi daripada pakar secara konsisten bagi memantau kesihatan kandungan dan pertumbuhan janin.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.