≡ Menu

Bosan Sayuran Darat, Ini Manfaat Rumpai Laut Kepada Kesihatan Kita.

Rumpai laut atau lebih popular dipanggil ‘seaweed’ merupakan sejenis alga yang tumbuh di laut dan di kawasan pantai berbatu. Rumpai laut ini terdiri daripada pelbagai warna dan jenis. Antaranya berwarna merah, hijau, coklat dan hitam. Rumpai laut ini boleh digunakan dalam banyak hidangan, termasuklah sushi, sup rumpai laut, salad dan pelbagai lagi jenis makanan lain. Namun, hanya popular dimakan oleh negara-negara Asia seperti Jepun, Korea dan Cina. Terdapat banyak kelebihan dan khasiat tersembunyi di dalam rumpai laut. Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kebaikan dan khasiat memakan rumpai laut.

Sumber Vitamin dan Mineral yang Baik
Setiap jenis rumpai laut mempunyai sumber vitamin dan mineral yang tersendiri. Perbezaan rumpai laut menentukan keunikan khasiat rumpai laut tersebut. Menambah rumpai laut di dalam makanan bukan sahaja dapat menambah rasa makanan dan tekstur, malah dapat meningkatkan jumlah nutrisi makanan tersebut. 1 sudu besar rumpai laut boleh memberikan nutrisi dan vitamin pelengkap seperti berikut[1] :

Keperluan Nutrisi
Kalori 20 kcal
Karbohidrat 1.7 gram
Protein 4.0 gram
Lemak 0.5 gram
Serat 0.3 gram
Riboflavin 15% daripada jumlah saranan pengambilan
Thiamin 11% daripada jumlah saranan pengambilan
Zat besi 11% daripada jumlah saranan pengambilan
Manganese 7% daripada jumlah saranan pengambilan
Tembaga (Copper) 21% daripada jumlah saranan pengambilan

Selain daripada nutrisi yang disenaraikan di atas, rumpai laut juga mengandungi vitamin A, C, E, K, Omega 3, folat, zink, natrium, kalsium dan magnesium yang sedikit. Namun, pengambilan secara berkala sebanyak satu hingga dua kali seminggu boleh dijadikan salah satu cara mudah untuk menambahkan khasiat vitamin dan nutrisi di dalam makanan.

Rumpai laut seperti spirulina dan chlorella mengandungi protein yang lengkap dengan semua jenis asid amino penting yang diperlukan oleh tubuh badan.[2] Oleh sebab itu, rumpai laut boleh dijadikan salah satu bahan masakan utama bagi seseorang yang sedang membina otot dan boleh dikira sebagai makanan pelengkap.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Mengandungi Pelbagai Sumber Antioksidan
Selain mengandungi vitamin A, C dan E yang bertindak sebagai antioksidan, rumpai laut juga mengandungi khasiat seperti flavonoid dan karotenoid.[3,4] Bahan- bahan ini terbukti dapat melindungi sel-sel badan daripada radikal bebas. Banyak kajian telah dibuat untuk membuktikan keberkesanan karotenoid yang dipanggil fucoxanthin. Karotenoid ini mempunyai antioksidan 13.5 kali ganda lebih banyak daripada vitamin E.[3]

BACA:  Jamu Homemade Untuk Kawal Kencing Manis

Selain daripada itu, focuxanthin juga mempunyai kesan antioksidan yang lebih banyak berbanding vitamin A.[5] Untuk melindungi sel membran, seseorang itu disarankan untuk mengambil rumpai laut yang mempunyai fucoxanthin bersama lemak bagi membantu penyerapannya ke dalam tubuh badan.[6]

Mengandungi Iodin dan Tirosin untuk Fungsi Tiroid
Kelenjar tiroid merupakan kelenjar yang memerlukan iodin dan tirosin yang bertanggungjawab untuk menghasilkan hormon pembesaran. Hormon tersebut diperlukan untuk mengawal pengeluaran tenaga, bertindak sebagai hormon pembiakan dan pemulihan sel-sel badan.[7,8]

Tanpa iodin dan tirosin yang mencukupi, kelenjar tidak dapat menghasilkan hormon yang mencukupi. Kesannya, individu tersebut akan mengalami pembekakan leher, mengalami keletihan dan perubahan berat badan yang ketara.[9] Individu yang mempunyai masalah tiroid boleh mendapatkan iodin dan tirosin daripada sumber rumpai laut yang berikut.

Jenis Rumpai Laut Jumlah iodin (microgram)
Nori 37 (25% daripada jumlah saranan pengambilan)
Wakame 139 (93% daripada jumlah saranan pengambilan)
Kombu 2523 (1682% daripada jumlah saranan pengambilan)
Membekalkan Serat dan Polisakarida
Rumpai laut membekalkan serat dan polisakarida yang dapat menjaga kesihatan usus anda.[10] Mengikut kajian, rumpai laut mempunyai khasiat serat yang lebih tinggi berbanding kebanyakan buah dan sayuran.[11] Oleh sebab itu, rumpai laut dikira sebagai makanan tinggi serat dan baik untuk usus. Rumpai laut yang kaya dengan serat dapat membantu sistem pencernaan dan boleh dijadikan makanan bakteria baik di dalam usus.

BACA:  Amalan Minum Air Selepas Bangun Tidur

Selain itu, rumpai laut juga mempunyai gula yang dipanggil polisakarida sulfat yang dapat menggalakkan pertumbuhan bakteria baik dan meningkatkan pengeluaran asid lemak baik di dalam usus.[12] Serat di dalam rumpai laut ini juga dapat melambatkan proses pengosongan perut dan membantu seseorang itu untuk berasa kenyang dengan lebih lama.[13] Bagi individu yang dalam proses menurunkan berat badan, rumpai laut boleh dijadikan alternatif sebagai salah satu serat tambahan.

Boleh Mengurangkan Risiko Penyakit Diabetes Jenis 2
Kajian mengenai rumpai laut telah dibuat bagi memastikan keberkesanannya mengurangkan risiko penyakit Diabetes Jenis 2. Kajian yang dijalankan selama 8 minggu di Jepun membuktikan bahawa rumpai laut coklat dapat membantu mengawal kadar gula di dalam darah.[14] Dalam kajian tersebut, individu yang mengambil rumpai laut yang mempunyai 2mg fucoxanthin mempunyai pengawalan kadar gula dalam darah yang lebih baik berbanding individu yang tidak diberikan rumpai laut.

Kajian kepada haiwan membuktikan bahawa bahan lain di dalam rumpai laut yang dipanggil sebagai alginat juga dapat membantu menghalang penyerapan gula dalam darah dengan effektif dan berkesan. Walaupun haiwan tersebut diberikan makanan tinggi gula, namun alginat di dalam rumpai laut berjaya mengawal penyerapan gula di dalam darah.[15] Hasil kajian juga konsisten dengan kajian-kajian lain yang dijalankan.[16,17,18]

Kesimpulan
Kesimpulannya, rumpai laut mempunyai pelbagai vitamin dan mineral yang baik untuk tubuh badan. Rumpai laut boleh dijadikan makanan tambahan dan ramuan pelengkap di dalam masakan. Namun, pengambilan rumpai laut mestilah di dalam kuantiti yang bersederhana. Untuk faedah yang optimum, ambillah rumpai laut dalam kadar yang sedikit, tetapi konsisten.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.