≡ Menu

Buah Avocado Memang Mahal Sedikit, Tetapi Khasiatnya Banyak

Pokok Avokado atau nama saintifiknya “Persea Americana”. Kelebihan buah avokado yang dikatakan mampu merawat dan mencegah pelbagai penyakit daripada masalah penglihatan, penyakit jantung sehinggalah kepada masalah obesiti.

Pokok avokado dikelaskan dalam tumbuhan berbunga keluarga Lauraceae. Ia adalah sejenis pokok saka yang menghasilkan buah. Buahnya berbentuk bujur dan kulit buah berwarna hijau berkilat. Isi buahnya pula berwarna kuning cair dan mempunyai biji yang agak besar di tengah. Daun pokok avokado mempunyai hujung yang runcing.

Pokok avokado berasal dari Mexico dan Amerika Tengah. Kini, buah avokado ditanam di negara-negara seperti Afrika Selatan, Australia dan New Zealand. Buah ini dikategorikan dalam beberapa jenis seperti bacon, fuerte, gwen, hass, penkerton, reed dan zutano.

Bahagian yang digunakan untuk tujuan perubatan adalah daun, buah, kulit kayu dan biji. Buahnya amat berkhasiat kerana mengandungi protein, zat besi, fosforus, kalsium, sodium, potasium, vitamin A, vitamin C, naisin dan riboflavin.

Buah avokado adalah salah satu buah yang dicipta dengan pelbagai khasiat yang memberi banyak kebaikan kepada tubuh manusia. Jadi, kita disarankan seperti dalam piramid makanan yang seimbang untuk lebihkan pengambilan buah dalam kehidupan kita.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Mari lihat apa 9 khasiat dan kelebihan memakan buah avokado yang boleh diperoleh dari memakan buah ini.

BACA:  Inilah Doa Terbaik Seorang Isteri Untuk Suami, Rebutlah Waktu Afdal Ini Walaupun Suami Tak Nampak

Khasiat Dan Kelebihan Buah Avokado

1. Mengawal Tekanan Darah

Avokado merupakan sumber besar kalsium, yang membantu dalam mengawal paras tekanan darah.

2. Menggalakkan Kesihatan Mata

Avokado adalah sumber lutein karotenoid yang sangat baik, dimana ianya adalah untuk membantu melindungi mata daripada katarak.

3. Melindungi Daripada Kanser

Banyak kajian yang telah menunjukkan bahawa avokado boleh menghalang pertumbuhan kanser prostat dan juga berkesan dalam mencegah kanser payudara.

4. Menyembuhkan Nafas Berbau

Avokado adalah salah satu pencuci mulut yang terbaik secara semula jadi dan bertindak untuk melawan daripada nafas berbau. Ini kerana ia membersihkan usus yang merupakan punca sebenar nafas berbau.

5. Ciri-ciri Anti-Penuaan

Avokado kaya dengan antioksida dan bermanfaat dalam mencegah gejala penuaan. Ia juga membantu mengingkatkan sistem imun, melambatkan proses penuaan, dan menggalakkan sistem saraf yang sihat.

BACA:  Zaman Serba Moden, Banyak Maksiat Yang Tersembunyi Dalam Terang-Terang. Nauzubillah

6. Penjagaan Kulit

Minyak avokado ditambah dalam bahan pembuatan kosmetik kerana keupayaan untuk menyuburkan kulit dan membuat kulit anda bercahaya. Ia juga membantu dalam merawat penyakit kulit yang menyebabkan kemerahan kulit.

7. Mengekalkan Kesihatan Jantung

Avokado mengandungi vitamin B6 dan asid folik, yang membantu mengawal tahap homocysteine. Tahap homocysteine dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung. Avokado juga mengandung vitamin E, glutation, dan lemak monotaktepu, yang membantu dalam mengekalkan jantung yang sihat.

 

8. Vitamin E Powerhouse

Avokado adalah buah yang terbaik sumber vitamin E, vitamin yang penting yang melindungi daripada banyak penyakit dan membantu mengekalkan kesihatan keseluruhan.

9. Mengandungi Banyak Vitamin

Mengandungi vitamin A, B (termasuk B6, niacin dan riboflabin, C dan E serta kandungan galian seperti kuprum, magnesium, potasium dan zink, selain tidak mengandungi kolesterol dan sodium.

Banyakkan khasiat buah Avokado ini. Jom kongsikan aritkel ini agar semua orang peka akan kelebihan buah yang banyak khasiat ini.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.