Buah Tin mempunyai banyak manfaat kerana didalamnya terdapat kandungan kalium, omega 3, omega 6 dan magnesium. Diantara manfaatnya seperti berikut :
1. SERANGAN JANTUNG KORONER.
Kandungan kalium, omega 3 dan omega 6 berserta magnesium pada Buah Tin mampu untuk menggurangkan seranagan jantung koroner.
2. TURUNKAN BERAT BADAN.
Serat makanan ( dietary fiber) yang terdapat pada Buah Tin sangat berkesan untuk mengurangkan berat badan.
3. Buah Tin dapat KURANGKAN KOLESTROL.
Serat larut (Pektin) pada buah Tin dapat membantu mengurangkan KOLESTROL darah. Serat ini mampu menyapu kolestrol dalam usus untuk dibawa keluar dari tubuh.
4. KANSER PAYUDARA DAN KANSER USUS Dapat dikurangkan.
Di dalam buah Tin terdapat polyphenol yang tinggi yang mana ia berfungsi sebagai antioksidan yang amat penting dalam tubuh badan manusia.
5. JERAWAT dapat di cegah.
Buah Tin dapat bertindak sebagai pembersih kulit yang mampu mencegah jerawat.
6. BISUL dapat disembuhkan.
Buah Tin yang dipanggang kemudian diletakkan pada kulit yang berbisul boleh menyembuhkan bisul bernanah.
7. Buah Tin dapat mengurangkan DIABETES.
Serat yang terdapat di dalam buah Tin boleh membantu melambatkan proses penyerapan glukosa pada usus kecil.
Sila share manfaat-manfaat yang ada pada buah Tin ini pada sahabat-sahabat dan rakan taulan kita moga manfaat serta sahamnya kita perolehi disana nanti. InsyaAllah.