≡ Menu

Buah Tin, Manfaat Kesihatan Jika Diambil Secara Mentah Dan Bukannya Yang Dikeringkan

BUAH-BUAHAN merupakan salah satu kategori karbohidrat yang mengandungi gula semula jadi, sumber vitamin, mineral dan serat yang bagus dalam diet seharian.

Setiap buah termasuklah buah tin sebenarnya mengandungi kandungan gula, serat, vitamin dan mineral yang berlainan.

Oleh itu, setiap daripada kita disarankan untuk menikmati variasi buah pada setiap hari bagi mendapatkan kepelbagaian sumber vitamin dan mineral.

Menurut pakar, individu yang mempunyai masalah kesihatan terutamanya kencing manis perlu mengehadkan pengambilan buah-buahan mengikut keperluan bagi menjaga paras gula dalam badan.

“Secara asasnya, saranan untuk menikmati buah-buahan adalah dua hidangan pada setiap hari,“

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Bercakap mengenai buah tin atau dikenali buah ara, buah berkenaan yang dikeringkan perlu dikawal kerana ia mengandungi gula yang tinggi berbanding buah tin segar.

Sementara, copper pula adalah mineral utama yang terlibat dalam memastikan tubuh berfungsi dengan sempurna. Antaranya pengukuran kadar metabolisme yang baik, penghasilan tenaga dan sel darah, tisu penghubung dan juga neurotransmitter.Secara umumnya, kata pakar tersebut, buah tin atau nama saintifiknya ficus carica boleh diambil oleh semua orang, namun perlu mengikut saranan yang ditetapkan.

BACA:  Jikalau Ingin Selamatkan Rumahtangga, Selamatkan Dahulu Solatmu Dahulu

“Bagi mereka yang mengambil ubat untuk cairkan darah, pengambilan buah tin perlu dikawal kerana buah berkenaan mengandungi vitamin K yang mana boleh mengganggu fungsi ubat tersebut. Begitu juga dengan pesakit kencing manis dan golongan yang sedang berusaha menurunkan berat badan,“

Selain buah, daun buah tin juga mengandungi pelbagai khasiat dan bagus untuk kesihatan.

“Ia secara umumnya bagus untuk melancarkan proses penghadaman, mengurangkan risiko penyakit jantung dan juga membantu dalam mengawal paras gula dalam darah,“ ujar beliau.

Adakah buah tin yang boleh didapati di sekitar Asia boleh ditanam di Malaysia? Jawapannya, boleh dan salah satu ladangnya terdapat di Seksyen 30, Shah Alam, Selangor.

Buah berkenaan sememangnya mendapat permintaan yang tinggi di restoran-restoran mewah mahupun di hotel-hotel kerana memiliki banyak kelebihan. Harga sekilogram biasanya mencecah RM80.

Buah tin juga menjadi salah satu buah yang disebutkan dalam al-Quran iaitu dalam Surah At-Tin.

Khasiat-khasiat lain yang terkandung dalam buah tin yang tergolong dalam kumpulan mulberi:

  1. Membantu mencegah kanser kerana kandungan coumarin dalam dalam buah tin mengurangkan risiko barah.
  2. Mengurangkan masalah kolesterol kerana buah tin mengandungi pectin iaitu fiber larut air (soluble). Bahan tersebut boleh mengurangkan kolesterol dalam darah.
  3. Boleh mencegah darah tinggi dan serangan penyakit jantung. Buah tin mengandungi potassium, omega-3 dan omega-6 yang tinggi sekali gus berupaya mengawal tekanan darah dan serangan jantung.
  4. Membantu merawat diabetes kerana daun tin mempunyai sifat merawat yang baik. Air rendaman daun tin kering boleh mengurangkan pengambilan insulin.
  5. Pengambilan buah tin boleh mengurangkan keletihan dan mengawal anemia (kekurangan sel darah merah).
  6. Buah tin bersifat laksatif (ubat pencuci perut), pengambilannya boleh mengurangkan masalah sembelit yang kronik.
  7. Pengambilan buah tin setiap hari boleh bertindak sebagai ubat untuk merawat masalah yang berkaitan dengan buasir.
  8. Merawat radang seperti ulser pada kulit.
  9. Boleh dijadikan pembersih kulit dan boleh mencegah serta merawat jerawat.
  10. Buah tin mengandungi benzaldehid sebagai phenol dan agen antitumor. Bahan itu boleh membunuh pathogen, fungus dan virus dalam sistem badan manusia.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.