≡ Menu

Bukan Makanan Orang Berpantang Je, Ini 10 Khasiat Lobak Putih Untuk Kesihatan

Umumnya kita di Malaysia lebih terbiasa dengan lobak merah atau carrot yang selalu digunakan dalam masakan harian termasuk dalam masakan acar dan sebagainya.

Namun lobak putih ni lebih popular sebagai ‘lauk berpantang’ atau dibuat sup di kalangan bangsa Cina.

Sebenarnya ada banyak khasiat lobak putih yang mungkin kita tak pernah tahu.

10 KHASIAT LOBAK PUTIH YANG LUARBIASA
Nama saintifik lobak putih ialah Raphanus sativus dari keluarga Brassicaceae.

Menurut sebuah artikel oleh Idris Bald dari Jabatan Pertanian Malaysia, lobak putih merupakan sejenis sayur yang mengandungi kandungan air, glukosa, sukrosa dan fruktosa yang banyak. Ia juga kaya dengan asid ferulik, asid benzo-piruvik dan asid amino.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Terdapat pelbagai manfaat yang boleh didapati daripada sayuran ini.

Antaranya:

1. MENINGKATKAN KETAHANAN BADAN
Manfaat lobak putih yang utama adalah meningkatkan sistem ketahanan badan.

Pengambilan lobak putih secara sederhana mampu mencegah jangkitan penyakit disebabkan oleh kandungan antioksidan dan vitamin C di dalam lobak putih yang dapat memperbaiki metabolisme tubuh.

Selain vitamin C, beberapa kandungan nutrien lain seperti vitamin B, vitamin E, dan potasium yang turut menyumbang kepada peningkatan sistem kekebalan tubuh.

2. MENINGKATKAN PENGHASILAN SUSU BADAN
Mengikut petua orang dulu-dulu, sup lobak putih dapat membantu memperbanyakkan susu badan.

Walaupun belum ada kajian yang mengesahkan hal ini, namun ia telah menjadi amalan berpantang sejak berkurun lamanya.

BACA:  Apakah Hukum Tidur Berbantalkan Al-Quran? Adakah Dibenarkan Syarak?

Lagipun lobak putih mengandungi banyak khasiat yang tak rugi dicuba, bukan?

3. MELEGAKAN SAKIT PERUT, SEMBELIT & BUASIR
Jika anda menghadapi masalah perut meragam akibat ketidakhadaman makanan, lobak putih mempunyai kandungan khasiat yang tinggi dan berupaya menyelesaikan masalah penghadaman.

Ini kerana serat makanan pada lobak putih boleh membantu gerakan usus menjadi lebih teratur sekaligus meningkatkan kemampuan sistem pencernaan tubuh.

Dilaporkan hampir 30% daripada komposisi lobak putih ialah serat makanan yang sangat bagus untuk penghadaman.

4. MENCEGAH MASALAH BUAH PINGGANG & KENCING TAK LAWAS
Jus lobak putih dikatakan sangat baik untuk membersihkan bahagian dalaman badan manusia termasuk mencegah penyakit yang berkaitan dengan masalah buah pinggang.

Komponen antimikrob yang terkandung dalam lobak putih pula menjadikannya salah satu alternatif untuk membantu mengatasi kehadiran mikroogranisma yang menyebabkan masalah kencing tak lawas.

5. MENCANTIKKAN KULIT
Seperti juga lobak merah, lobak putih turut mengandungi vitamin A yang boleh membantu mengatasi kekeringan pada kulit, rambut dan kuku.

Selain itu, vitamin A berfungsi mencegah kedutan pramatang, jerawat, kulit kering, pigmentasi, dan warna kulit yang tidak sekata.

Lobak putih yang kaya dengan vitamin C juga membantu penghasilan kolagen dalam badan untuk mengekalkan keanjalan kulit seterusnya melambatkan proses penuaan.

6. MENGURANGKAN GEJALA DEMAM SELESEMA
Antara lain manfaat lobak putih adalah mengurangkan gejala demam dan selesema.

Ini kerana lobak putih mengandung zat-zat yang bersifat antibiotik sehingga mampu mengatasi jangkitan yang menyebabkan gejala tersebut.

7. MENGURANGKAN OSTEOARTHRITIS
Kandungan antioksidan dalam lobak putih dikatakan mampu mengurangkan keradangan tulang rawan atau osteoartritis.

BACA:  Masih Ada Wudhu, Tiba Tiba Tangan Dijilat Kucing. Ini yang Ramai Orang Silap

Vitamin C di dalam lobak putih juga dapat merangsang pembentukan kolagen yang diperlukan oleh tulang rawan.

8. BERSIFAT ANTI-KANSER
Komponen fitokimia, falcarinol dan falcarindiol dalam lobak putih dipercayai bersifat anti-kanser.

Ia dapat membantu mengurangkan risiko barah seperti barah usus, barah paru-paru dan barah payudara.

9. MEMBANTU MENGAWAL BERAT BADAN
Jus minuman lobak putih berkalori rendah dan menggantikan minuman bergula dapat membantu menurunkan berat badan dengan lebih cepat.

Kandungan serat yang terkandung di dalamnya apat membuat kita berasa kenyang dengan lebih lama dan mengurangkan rasa keinginan terhadap makanan.

Ini memainkan peranan penting bagi seseorang yang sedang berdiet untuk menurunkan berat badan.

10. MEMBANTU MEMECAHKAN BATU KARANG
Menurut kajian, lobak putih merupakan sayur yang memiliki sifat diuretik (merangsang air kencing) dengan kandungan potassium yang tinggi.

Pengambilan jus lobak oleh pesakit batu karang dikatakan mampu melarutkan batu karang serta mendorong pelepasan batu karang dalam air kencing.

Selain itu, ia juga akan mencegah batu karang daripada tumbuh kembali.

BANYAKNYA MANFAAT LOBAK PUTIH!

Begitu banyak manfaat lobak putih yang mungkin sebelum ini kita tak pernah tahu.

Maka, tak hairanlah lobak putih sering dijadikan lauk semasa berpantang kan?

Kalau nak ikutkan, lobak putih sesuai untuk dijadikan lauk harian dengan pelbagai cara olahan.

Contohnya kita boleh buat sup lobak putih, jus lobak putih, salad lobak putih atau lobak putih goreng.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.