≡ Menu

Bulan Syawal Bulan Istimewa, Rebutlah Amalan Yang Baik Sepanjang Bulan Syawal.

Bulan Ramadhan, bulan yang penuh ampunan dan penuh rahmat, segala doa diijabah oleh Allah SWT. Tak ada bulan lain yang sesempurna bulan Ramadhan, memang sedih jika kita telah ditinggalkan bulan Ramadhan.

Namun ada yang lagi indah setelah Ramadhan meninggalkan kita, tetapi kita perlulah rajin beribadah dibulan Syawal ini. Kerana bulan Syawal juga mempunyai keistimewaan walaupun tidak seistimewa bulan Ramadhan. Keistimewaan bulan Syawal :

1. Bulan Permulaan

Syawal adalah bulan kembalinya umat Islam kepada fitrahnya, diampuni segala dosanya, setelah melakukan ibadah Ramadhan selama sebulan. Ini adalah permulaan setiap umat untuk menjaga ibadah dengan baik.

2. Bulan Takbir

Tanggal 1 Syawal adalah Hari Raya Idul Fitri, seluruh umat Islam mengumandangkan takbir. Berkumandangnya takbir merupakan ungkapan rasa syukur dalam melakukan ibadah Ramadhan. Malahan, kemenangan yang diraih itu tidak akan tercapai, kecuali dengan pertolonganNya. Maka kita perlu memperbanyakkan berzikir, takbir, tahmid, dan tasbih.

“Dan agar kamu membesarkan Allah atas apa yang telah la beri petunjuk kepada kamu, dan agar kamu bersyukur atas nikmat-nikmat yang telah diberikan”(QS Al Baqarah: 185).

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
3. Bulan Silaturrahim

Dibandingkan bulan-bulan yang lain, pada bulan inilah umat Islam melakukan amalan silaturrahim. Bulan Syawal juga menjadi bulan penuh berkah, rahmat, dan ampunan Allah kerana umat Islam menguatkan tali silaturrahim.

4. Puasa Satu Tahun

Amalan yang ditentukan Rasulullah S.A.W pada bulan Syawal adalah puasa sunat selama enam hari, sebagai kelanjutan puasa Ramadan.

“Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadan lalu diiringinya dengan puasa enam hari bulan Syawal, bererti ia telah berpuasa setahun penuh” (HR. Muslim, Abu Dawud, At-Tirmidzi, An-Nasai dan Ibnu Majah).

5. Bulan Nikah

Syawal adalah bulan yang baik untuk berkahwin Hal ini sekaligus memecah khurafat, iaitu pemikiran dan tradisi jahiliyah yang tidak mahu menjalankan perkahwinan pada bulan Syawal kerana takut terjadi malapetaka. Budaya jahiliyah itu muncul disebabkan pada suatu tahun, tepatnya bulan Syawal, Allah Ta’ala menurunkan wabak penyakit, sehingga banyak orang mati termasuk beberapa pasangan pengantin.

Maka sejak itulah kaum jahiliah tidak mahu melangsungkan perkahwinan pada bulan Syawal. Khurafat itu ditendang oleh Islam.

Rasulullah menunjukkan sendiri bahawa bulan Syawal baik untuk berkahwin. Siti Aisyah menegaskan: “Rasulullah S.A.W menikahi saya pada bulan Syawal, berkumpul (membina rumah tangga) dengan saya pada bulan Syawal, maka siapakah dari isteri beliau yang lebih beruntung daripada saya?”.

Selain dengan Siti Aisyah, Rasulullah juga menikahi Ummu Salamah pada bulan Syawal. Menurut Imam An-Nawawi, hadis tersebut berisi anjuran menikah pada bulan Syawal. Aisyah bermaksud, dengan ucapannya ini, untuk menolak tradisi jahiliah dan anggapan mereka bahwa menikah pada bulan Syawal tidak baik.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.