Dari jauh saya melihat seorang wanita yang berumur lingkungan empat puluhan berjalan menggunakan tongkat masuk kemasjid untuk menunikan solat asar.
Saya pada waktu itu duduk di kerusi bulat sedang membaca kitab-kitab yang selalu dibawa oleh saya untuk dibaca bila berseorangan.
Selesai sahaja wanita itu menunaikan solat, seorang gadis muda datang menjemput wanita itu masuk kedalam keretanya, dalam hati saya berkata mungkin itu adalah anaknya.
Sambil melihat wanita yang bertongkat itu membuka langkah berjalan keadaan menunduk seolah-olah ada sesuatu sedang menekan tengkuknya.
Setelah melihat peristiwa yang belaku tadi saya ingin berkongsi satu petua bagai mana caranya untuk melemahkan gangguan atau sihir sekiranya anda merasa ada benda berat menekan tengkuk dan lebam pada badan serta selalu merasa lemah.
Petuanya mudah sahaja, cari empat helai daun ubi kayu dan masukan kedalam baldi dengan diisi air sebanyak setengah baldi dan daun itu jangan diramas biarkan ia sempurna dengan tangkainya sekali, kemudian masukan sesenduk garam kasar.
Setelah semuanya telah tersedia, anda hendaklah masukkan kedua-dua tangan kedalam baldi itu sambil membaca empat Qul lalu tiupkan kedalam baldi itu.
Selepas selesai, ambil satu helai daun ubi lalu di pukul tempat yang sakit itu dengan membaca Qul yang pertama sehingga selesai, kemudian ambil daun yang baru dan baca Qul yang kedua dan pukul tempat yang sakit sehingga daun seterunya sampai Qul yang terakhir selesai.
Apabila sudah selesai air yang ada dalam baldi itu haruslah dibuat mandian.
Anda hendak lakukan ia selama seminggu berturut-turut In Sya Allah gangguan atau sihir itu akan lemah mengikut kaedah petua orang tua-tua dahulu.