≡ Menu

Cara Membuat Air Solat Hajat Untuk Anak. Semoga Beroleh Keberkatan

Doa seorang ibu untuk anaknya adalah paling mujarab. Selain mendoakan kesejahteraan mereka, ibu juga boleh cuba cara buat air minuman solat hajat untuk anak. Air ini boleh diberikan kepada mereka sekiranya ada sebarang peperiksaan.

Ini merupakan salah satu ikhtiar ibu ayah boleh cuba untuk memudahkan urusan anak. Niatkan di dalam hati supaya berjaya dan insyaAllah dengan izinNya doa dimakbulkan

CARA BUAT AIR MINUMAN SOLAT HAJAT UNTUK ANAK

Mulakan bacaan dengan:

  • Surah al-Fatihah sebanyak 7 kali
  • Selawat ke atas Nabi 7 kali
  • SubhanAllah sebanyak 44 kali
  • Alhamdulillah sebanyak 44 kali
  • Allahu Akbar 44 kali
  • Ya hayyu ya qoyyum sebanyak 21 kali
BACA:  Peniaga, Jangan Sesekali Buat 4 Perkara Terkutuk Ini

Kemudian teruskan dengan bacaan doa di bawah ini:

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

“Ya Allah. YaHayyu, Ya Qayyum, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Latif, Ya Jabbar, Ya Khalia. Ya Allah, permudahkaniah anakku (nama anak) di dalam urusannya menimba ilmu di atas seruan dan perintah-Mu. Tenangkanlah hatinya untuk menerima ilmu-Mu, lapangkanlah jiwanya untuk mengharungi ujian-Mu dan berkatilah dirinya dengan rahmat-Mu. Amen yra,”

Boleh dilakukan selepas solat hajat dan bacaan yasin. Berikan kepada anak air minuman ini.

Semoga artikel ini memberi manfaat.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.