≡ Menu

Cara Mencuci Uri Yang Wajib Korang Belajar dan Ambik Tahu

1. Bawa balik uri tu ke rumah. Kalau terpaksa tunggu lebih 24 jam sebelum boleh balik untuk tanam uri tu boleh simpan uri tu dalam peti ais supaya uri tu tak membusuk

2. Beli garam kasar kat kedai. Boleh juga nak pakai limau purut kalau urinya dah agak membusuk. Limau ni cuma untuk hilangkan bau je. Bukan nak iktiraf kepercayaan khurafat tau

3. Buka plastik uri tu depan paip air yang mengalir. Basuh uri dan darah pada uri tu dengan garam dan limau tadi sampai la darah mengalir tu dah hilang semua

4. Bungkus balik uri tu dan bawa la ke tempat kita nak tanam. Pastikan tanah yang kita nak tanam uri tu lembut supaya senang nak cangkul. Simpan tenaga tu sikit sebab seminggu pertama baby lahir korang akan pakai tenaga korang sehabis mungkin untuk jaga baby dan ibunya sekali. Takkan suami pandai ‘beranakkan’ isteri je kan? Kena la juga pandai jaga isteri dalam pantang. Baru la isteri sayang

BACA:  Akibat Suka Melawan Cakap Dan Maki Maknya, Jangan Terkejut Dengan Apa Yang Terjadi Kepada Lidahnya!

5. Cangkul tanah tu dalam sikit supaya binatang liar tak boleh hidu bau uri tu. Kalau susah sangat, cari batu besar dan tindih atas tempat uri tu ditanam supaya bintang liar tu tak boleh gali balik tanah tu

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

6. Masa tanam tak perlu menghadap kiblat, tak perlu nak baca mantera. Tak perlu nak buat apa-apa ritual. Cukup la dengan Bismillah dan Selawat pada Nabi. Cukup la dengan rasa syukur pada Tuhan yang bagi pinjam uri tu sekejap sebagai peneman baby kita di alam rahim sana

Kepada para suami semua. Waktu isteri berpantang ni adalah waktu yang sangat istimewa untuk suami dan isteri.

Waktu ni la kita sebagai suami boleh rasa kepenatan isteri yang jaga anak kita selama ni. Waktu ni la kita boleh rasa kelelahan isteri menjaga makan minum dan pakaian kita selama ni sebab masa berpantang ni la kita kena amik alih tugas isteri semua.

BACA:  Jangan Jadikan Golongan Asnaf Sebagai Content. Ingatlah, Tangan Kanan Yang Memberi, Tangan Kiri Mestilah Tidak Tahu!

Memang kita sebagai suami akan penat dengan karenah baby yang meragam, keperluan isteri dan baby yang perlu kita sediakan tetapi waktu ni la kita boleh menginsafi betapa besarnya pengorbanan seorang isteri.

Waktu ni la kita dapat rasa betapa cintanya isteri kepada kita. Mungkin dia tak luahkan dengan kata-kata tetapi cukup la dengan kepenatan dia menguruskan rumahtangga sebagai tanda cinta isteri kepada suaminya.

P/ S : Saya Taufiq Razif berharap sangat berkongsian dan info ni dapat dibaca bakal suami dan suami di seluruh dunia sebab saya tahu ramai suami yang belum tahu cara nak uruskan uri dengan betul dan untuk elakkan suami terkejut besar bila pertama kali berdepan dengan uri nanti. Jom sayangi isteri kita semua dan sebarkan info ni pada semua ye.

Perkongsian asal di FB Dr Taufiq Razif

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.