A’kum Ustaz/Ustazah,
Saya ingin bertanya jika ustaz/ustazah tahu bagaimana ingin mengubat penyakit suka pada kaum sejenis (homosexuality). Saya sudah pun berumur 26 tahun. Seperti kekawan lain saya ingin berumah tangga. Saya rasa begitu tertekan dan tidak faham mengapa saya ditakdirkan begini.
Untuk pengetahuan Ustaz/Ustazah, pendidikan agama saya alhamdulillah cukup (Agama saya SPM A1) dan saya tahu mengenai kisah nabi luth dan larangan tuhan. Sebab itu saya tidak melakukan perbuatan terkutuk seperti seks rambang/seks sejenis dan sebagainya. Saya rasa hidup saya begitu kosong, jiwa tidak tenang dan setiap hari saya sering termenung mengenangkan mengenangkan nasib saya ini. Saya bukannya seorang yang lembut ataupun pondan, saya seorang lelaki normal. Namun saya tidak memahami mengapi saya mempunyai nafsu terhadap kaum sejenis. Saya pernah cuba keluar dengan seorang wanita tetapi hati saya rasa tidak mempunyai perasaan terhadap wanita tesebut.
Ustaz/ Ustazah, saya telah cuba sedaya upaya. Saya sangat sedih. Melalui research saya diinternet saya dipahamkan agama kistian boleh menyembuhkan penyakit homoseksual. Cuba ustaz/ustazah pergi ke yahoo ataupun google dan type ‘cure for homosexuality’.. Disitu ustaz/ustazah dapat melihat dakyah/article mengenai ‘christian has the cure for homosexuality’.
Tapi saya meraguinya kerana keyakinan saya terhadap agama Islam masih utuh. Saya mencintai agama Islam. Saya telah pergi menziarahi Baitullah 3 kali dan berdoa pada tuhan agar nafsu syahwat homoseksual saya dihapuskan namun sehingga kini saya masih menanti saat doa saya dikabulkan. Saya tidak pernah berputus asa berdoa pada tuhan setiap kali menunaikan solat. Kadang kala saya rasa berputus asa dan sedih mengenangkan nasib saya. Kebanyakan kekawan saya sudahpun mendirikan rumah tangga dan mempunyai cahaya mata.
Saya ingin meminta jasa baik ustaz/ustazah sekiranya ustaz/ustazah tahu cara-cara untuk menghilangkan/mengubati penyakit ganjil saya ini. Adakah di dalam Al-Quran terdapat ayat-ayat yang dapat diamalkan?
Dapatkah ustaz/ustazah membantu saya atau merujukkan saya pada kiyai atau seseorang yang mempunyai ilmu agama yang tinggi yang dapat membantu masalah saya. Adakah mungkin saya ini terkena sihir? Tolonglah ustaz/ustazah, saya rasa hidup ini sudah tidak bermakna lagi. Bantulah saya ustaz/ustazah, hidup saya begitu tertekan. Saya berharap ustaz/ustazah dapat membalas email saya ini.
Tolonglah saya ini…
Jawapan:
Penyakit suka kepada kaum sejenis boleh diubah dengan cara berikut:
- Amalankan puasa sunat Isnin dan Khamis
- Buat solat hajat mohon doa kepada Allah S.W.T.
- Jangan tinggal solat fadhu.
- Menyertai aktiviti persatuan dan masyarakat dengan aktif.
- Meningkatkan kefahaman tentang agama Islam.
Dakwaan agama Kristian boleh sembuhkan penyakit homoseksual adalah dusta. Tidak kurang paderi Kristian terlibat dengan zina dan liwat.