≡ Menu

Cara Menyelamatkan Pokok Daripada Bena Dan Hama. Insya’Allah

Ramai yang stres bila tanam pokok tak menjadi, kena serang bena, hama, daun berkerinting dan macam-macam lagilah.

Ada satu petua air rebusan cengkih yang dikatakan berkesan untuk membantu menyuburkan tanaman dan memulihkan kembali tanaman yang diserang perosak.

Setelah membuat sedikit pembacaan dan carian di internet, rupanya begitu banyak khasiat bunga cengkih (clove) yang berguna bukan saja kepada manusia, tetapi juga kepada tanaman.

Ini mungkin kerana sifat semulajadinya yang anti-oksidan dan anti-bakteria yang dapat membantu memusnahkan perosak pada pokok.

Di sini kami kongsikan petua halau bena, hama dan perosak tanaman menggunakan air rebusan cengkih yang boleh anda cuba di rumah.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

PETUA HALAU BENA, HAMA & PEROSAK TANAMAN GUNA AIR REBUSAN CENGKIH

Terima kasih pada yang bagi petua air semburan rebusan bunga cengkih. Menjadi. Sekarang dah berbunga dan berbuah dah.

Cara buat air rebusan cengkih:

Ambil segenggam bunga cengkih.
Rebus dengan 1 liter air.
Rebus dalam 15 minit ke 20 minit.
Biarkan sejuk.
Lepas tu esok sembur. (saya buat malam)
Pada permulaan disembur 2kali sehari pagi dan petang selepas siram pokok.
Buat 2-3 hari je. Kemudian, saya buat seminggu sekali dalam 2 minggu.. Ni dah sebulan tak buat.

PENTING: Sembur secara rata tau, bahagian atas bawah depan belakang yang ada bena tu sembur kan. Hampasnya jangan dibuang, elok letak di pokok berkenaan.

Terima kasih sahabat kerana berkongsi info.

Jika bermanfaat, jom share juga untuk kebaikan bersama.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.