≡ Menu

Cara Rasulullah SAW Betulkan Kesalahan Anak, Jadikan Teladan Dan Pedoman Ibu Dan Bapa

Kanak-kanak yang sedang membesar memang banyak kerenahnya. Ianya merupakan salah satu cabaran besar yang dihadapi oleh ibu bapa dalam mendirikan institusi kekeluargaan. Perlu banyak bersabar.

Sebagaimana perkongsian yang dibuat oleh Wan Nur Syakira mengenai cara didikan Rasulullah SAW mendidik anak-anak, terutamanya dalam membetulkan kesalahan mereka wajar diikuti oleh ibu bapa. Tambahnya, mendidik mengikut sunnah Rasulullah dan Islam, harus jadi impian dan usaha setiap ibu bapa Muslim.

TINGGINYA KESANTUNAN RASULULLAH SAW DALAM MEMBETULKAN KESALAHAN ANAK

Mendidik mengikut sunnah Rasulullah dan Islam, harus jadi impian dan usaha setiap ibu bapa Muslim.

Teringat saya pada kuliah parenting yang saya hadiri,

Tingginya kesantunan Rasulullah dalam membetulkan kesalahan anak walaupun Rasulullah adalah penguasa Madinah yang berusia 53-60 tahun.

CARA RASULULLAH SAW MEMBETULKAN KESALAHAN ANAK

Bagaimana Rasulullah membetulkan kesalahan anak?

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
  • Memanggil dengan bahasa kasih sayang dan gelaran yang baik, ” wahai anakku “. Kita sesuaikanlah dengan bahasa kita tapi panggilan yang baik-baik.
  • Tidak marah mengikut hawa nafsu.
  • Tidak mencela.
  • Fahami dengan bertanya. Jangan cepat menghakimi tanpa bertanya walaupun sesuatu itu kita sudah saksikan di depan mata. Persoalan kenapa dan bagaimana akan bantu kita untuk memahami apa yang berlaku dengan lebih mendalam.
  • Sentuh atau usap kepala. Bukan rotan, cubitan, pukulan jadi bahasanya.
  • Beri solusi dan alternatif.
  • Doakan anak-anak tersebut.

Rasulullah mengajar cara mendidik dengan berhikmah. Rasulullah mengajar kita menghormati kanak-kanak sebagai manusia.

BACA:  Bila Terjaga Di Malam Hari Bacalah Doa Ini, In Sha Allah Termakbul Segala Hajat

Kanak-kanak juga ada perasaan dan maruah serta air muka yang perlu dijaga. Menegur dan mendisiplin kan mereka tak pernah salah sekiranya mereka melakukan kesalahan.

Namun lakukan dengan ihsan dan mengikut tauladan Rasulullah.

“KADANG TU MENDIDIK ANAK BELUM MUMAYYIZ MACAM SUDAH DEWASA…”

Kadangkala tu, mendidik kanak-kanak yang belum mumayyiz macam kanak-kanak itu dah dewasa. Dah hidup berpuluh tahun. Sedangkan kanak-kanak itu belum mumayyiz, belum mukallaf, baru umur 5,6 tahun.

BACA:  Tanggungjawab Isteri Terhadap Suami. Perlu Tahu

Eh ,susahnya nak buat. Ya, sebab turun temurun kita lain caranya. Sebab budaya lain caranya.

Saya pun tengah berjuang secara peribadi. Bukan mudah, bukan senang. Tapi kita dah dewasa, kita lakukan sesuatu biarlah bersandar pada ilmu dan agama.

Kita tahu sumber mana nak ambil. Di mana nak cari ilmu, akses makin senang. Kuliah tadabbur Quran dan sirah pun tersedia di Youtube. Korek bagaimana parenting cara baginda.

Kita bukan nak ikut parenting Barat ke, teori Barat semata. Kita nak ikut parenting cara Islam dan sunnah Rasulullah.
Itulah sebaik-baik tauladan dan contoh. Betulkan yang biasa, biasakan yang betul.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.