≡ Menu

Carilah Keberkatan Di Bulan Ramadhan Ini. Bangunlah Sahur, Mudah Saja

Soalan; Saya ada mendengar ada hadis berkata; “sahur itu membawa barakah”. Apa maknanya ustaz?

Jawapan;

Ya, terdapat hadis dari Nabi SAW yang menyebutkan;

تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السَّحُورِ بَرَكَةً

 “Bersahurlah kerana dalam sahur itu ada barakah” (HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari Anas bin Malik RA Bulughul-Maram, hadis no. 616).

Perkataan ‘berkat’ atau ‘barakah’ banyak disebut oleh Allah di dalam al-Quran dan juga oleh Nabi SAW di dalam hadis-hadisnya. Dari segi makna bahasa Arab, al-barakah (البركة) bermaksud; ziyadah (tambah), numuw (tumbuh), sa’adah (kebahagiaan) dan kathratul-khair (banyak kebaikan).[1] Dari segi makna Syarak, barakah bermaksud terdapatnya limpahan kebaikan Ilahi (Allah) pada sesuatu. Maka suatu yang diberkati bermaksud; suatu yang dilimpahi kebaikan dari Allah.[2]

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Khusus bagi sahur, menurut Imam Ibnu Daqiq al-‘Id; barakah pada sahur merangkumi aspek ukhrawi dan duniawi;

  1. Aspek ukhrawi (yakni faedah akhirat); sahur itu adalah sunnah Nabi SAW. Setiap pengamalan sunnah membawa barakah iaitu pahala dan tambahan pahala dari Allah di akhirat.
  2. Aspek duniawi; sahur memberi kekuatan kepada tubuh untuk menghadapi ibadah puasa, menyenangkan tubuh, tidak memaksanya di luar kemampuannya.
BACA:  Sedekah Yang Paling Afdhal. Ketahuilah Tidak Sempurna Iman Sekiranya Masih Ada..

(Lihat; Ihkam al-Ahkam syarh ‘Umdatil Ahkam, Imam Ibnu Daqiq al-‘Id, 2/9).

Menurut Imam an-Nawawi; keberkatan sahur –selain dari memberi kekuatan untuk menghadapi ibadah puasa-, ada juga ulamak menyebutkan; keberkatan sahur ialah kerana ia membangkitkan manusia pada waktu yang mulia, iaitu waktu turunnya rahmat Allah dan dimakbulkan doa dan istighfar (yakni waktu dari tengah malam hingga sebelum terbit fajar). Mudah-mudahan orang yang bangun bersahur dapat melanjutkan amalannya dengan mengambil wudhuk dan bersolat sunat atau amalan bersahur itu akan membiasakannya untuk berjaga malam untuk beribadah dengan berzikir, berdoa dan bersolat malam (Lihat; Syarah Soheh Muslim, al-Imam an-Nawawi, 7/206).

BACA:  Jangan Buang Uncang Teh, Ada Kegunaan Yang Kita Tak Tahu Pun Selama Ini

Memandangkan banyak barakah dan kebaikan yang akan diperolehi dari bersahur, maka Nabi SAW amat menggalakkan kita bersahur sekalipun dengan makanan yang sedikit;

تَسَحَّرُوا وَلَوْ بِجَرْعَةِ مَاءٍ

“Bersahurlah walaupun dengan seteguk air” (Hadis riwayat Imam Ibnu Hibban dan Abu Ya’la dari Anas bin Malik RA. Hadis ini telah disohehkan oleh Ibnu Hibban. Lihat; Tuhfah al-Ahwazi, hadis no. 642).

Wallahu a’lam,

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.