≡ Menu

Carilah Rezeki Yang Halal, Bekerjalah Dan Carilah Keberkatan Dalam Pendapatan

فَٱنطَلَقَا حَتَّىٰۤ إِذَاۤ أَتَیَاۤ أَهۡلَ قَرۡیَةٍ ٱسۡتَطۡعَمَاۤ أَهۡلَهَا فَأَبَوۡا۟ أَن یُضَیِّفُوهُمَا فَوَجَدَا فِیهَا جِدَارࣰا یُرِیدُ أَن یَنقَضَّ فَأَقَامَهُۥۖ قَالَ لَوۡ شِئۡتَ لَتَّخَذۡتَ عَلَیۡهِ أَجۡرࣰا

“Kemudian keduanya berjalan lagi, sehingga apabila mereka sampai kepada penduduk sebuah bandar, mereka meminta makan kepada orang-orang di situ, lalu orang-orang itu enggan menjamu mereka. Kemudian mereka dapati di situ sebuah tembok yang hendak runtuh, lalu ia membinanya. Nabi Musa berkata: “Jika engkau mahu, tentulah engkau berhak mengambil upah mengenainya!” [Surah Al-Kahfi 77]

#Sambung bicara tentang upah dalam Islam.

#Hak mendapat gaji atau upah yang setimpal di kalangan pekerja telah pun termaktub dalam perundangan Islam. Majikan juga dilarang menzalimi pekerja dengan membebankan kerja yang berlebihan dan dibayar upah yang tidak setimpal.

#Diriwayatkan daripada Sayidina Abu Zar r.a, bahawa Nabi saw bersabda:

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

وَلاَ تُكَلِّفُوهُمْ مَا يَغْلِبُهُمْ، فَإِنْ كَلَّفْتُمُوهُمْ فَأَعِينُوهُمْ

“Janganlah kamu membebankan mereka (pekerja), dan jika kamu memberikan tugas kepada mereka, bantulah mereka” (HR al-Bukhari)

#Upah yang baik dapat mendorong seorang pekerja menjadi lebih kreatif, bijak berfikir dan bersungguh-sungguh bekerja dan akhirnya menambahkan lagi produktiviti.

#Diriwayatkan daripada Sayidatina ‘Aisyah r.ha, bahawa Nabi saw telah bersabda:

إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يُحِبُّ إِذَا عَمِلَ أَحَدُكُمْ عَمَلًا أَنْ يُتْقِنَهُ

“Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla mencintai seseorang yang apabila dia mengerjakan sesuatu kerja, dia laksanakan dengan cemerlang” (HR at-Tabarani dan al-Baihaqi)

#Keperluan yang pelbagai juga mendesak individu untuk mendapatkan upah setimpal yang dapat menguruskan keperluan diri dan menjadi ahli masyarakat yang berdikari. Tanpa upah yang sepadan, sudah tentu mereka akan membawa masalah dalam masyarakat kerana terpaksa hidup bergantung dengan ihsan orang lain yang sudah tentu akan mewujudkan ketidakstabilan dan penindasan dalam masyarakat.

#Dengan upah yang baik juga, seorang pekerja akan dapat menjauhi tarikan untuk melakukan jenayah seperti mencuri, tipu dan menerima rasuah. Mereka boleh mengelakkan diri daripada berhasad dengki kepada majikan dan akhirnya dapat memenuhi keperluan asas kehidupan iaitu menjaga agama, jiwa, akal, keturunan dan juga harta.

BACA:  “Pemergian Yang Dicemburui,” Meninggal Dunia Hari Jumaat Pertama Ramadan, Pemuda Ini Rebah Ketika Laungkan Azan

#Sebagai pekerja yang bekeluarga, dengan adanya gaji atau upah yang setimpal, maka mereka dapat memenuhi keperluan tempat tinggal, pakaian, pendidikan, makanan ahli keluarga di bawah tanggungan dengan baik termasuk menanggung nafkah ibu bapa yang tua yang tiada sumber pendapatan lagi. Ini akan mengukuhkan lagi tanggungjawab mereka sebagai ketua keluarga.

#Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya jika seseorang di antara kamu membawa tali-talinya dan pergi ke bukit mencari kayu api, lalu dipikul di belakangnya untuk dijual sehingga dia mampu memenuhi keperluan keluarga dan hidupnya adalah lebih baik daripada meminta-minta kepada orang lain sama ada mereka memberi atau tidak” (HR al-Bukhari)

Berusahalah dengan tenaga sendiri untuk mendapatkan apa yang dihajati dengan melakukan pekerjaan yang halal dan upah yang setimpal

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.