≡ Menu

Cegah Dari Awal. Kenali Tanda Tanda Angin Ahmar, Agar Kita Lebih Waspada

KETIKA darah tidak dapat menalir dengan baik ke bahagian otak, sel-sel otak akan mati dan menyebabkan serangan angin ahmar.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) melaporkan bahawa strok lebih umum dan cenderung menyebabkan kematian terhadap wanita manakala lelaki boleh terkena penyakit itu pada usia lebih muda.

Medical News Today melaporkan pada umumnya, terdapat beberapa gejala awal tertentu ketika seorang lelaki diserang angin ahmar.

Kajian yang diterbitkan pada 2009 bertajuk, “Acute Stroke Symptoms: Comparing Women and Men” itu menyelidik bagaiamana strok boleh mempengaruhi lelaki dan wanita.

Dalam penyelidikan itu, mereka mendapati bahawa gejala paling umum yang berlaku pada kaum lelaki adalah;

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

1. Kesukaran menjaga keseimbangan badan

2. Sebelah anggota badan berasa lemah

3. Sebelah anggota badan kehilangan deria (mati rasa)

Tanda-tanda amaran awal

Serangan angin ahmar iskemik adalah jenis paling umum dan keadaan ini melibatkan kehadiran plak atau darah beku yang menghalang arteri di dalam otak.

BACA:  Anak Bawah 2 Tahun Jangan Sesekali Lambung Tinggi-Tinggi, Boleh Berlaku Pendarahan Otak

Selain itu, ada pula strok hemoragik yang lebih jarang berlaku dan melibatkan pendarahan di dalam otak. Seseorang mungkin mengalami serangan strok ringan.

Ini mungkin menunjukkan simptom seperti strok jangka pendek dan ia boleh berfungsi sebagai tanda amaran untuk angin ahmar. Selain itu, berikut adalah beberapa gejala strok yang boleh diberi perhatian.

1. Muka menjadi kebas – Strok boleh menyebabkan kebas atau rasa lemah pada sebelah muka. Apabila seseorang mengalami gejala ini cuba senyum dan anda akan mendapati sebelah mulut sahaja boleh bertindak balas.

2. Wajah hilang deria – Strok dapat menyebabkan hilang deria atau mati rasa. Ketika seseorang dengan gejala ini cuba tersenyum, hanya satu bahagian mulut dapat memberi respon.

3. Tangan menjadi lemah – Seseorang yang mengalami angin ahmar mungkin tidak dapat mengangkat satu atau kedua-dua lengan di atas kepala dan menahannya.

BACA:  Fadhilat Surah Insyirah Yang Kita Tak Tahu Selama Ini. Amalkan Dalam Kehidupan Seharian

4. Kesukaran berbicara – Seseorang mungkin mengalami kesukaran berbicara atau perkataan yang dikeluarkan tidak jelas.

Pemulihan angin ahmar bagi lelaki

Kajian pada 2015 bertajuk, “Sex Differences in Stroke Recovery” menunjukkan bahawa lelaki yang pernah mengalami strok lebih berisiko keluar dari hospital dengan kecacatan lebih berbanding kaum wanita.

Selepas mendapat serangan strok, lelaki bagaimanapun mempunyai tahap aktiviti harian lebih tinggi dan mereka mungkin lebih mudah untuk sembuh.

Bagaimanapun, pemulihan selepas serangan angin ahmar bergantung kepada pelbagai faktor termasuklah; kawasan otak yang terkena strok, jumlah masa oksigen dan darah terhalang ketika serangan dan kesihatan keseluruhan sebelum terkena penyakit itu.

Meskipun ada yang berjaya pulih sepenuhnya namun ada juga yang memerlukan fisioterapi jangka panjang dan bantuan ubat-ubatan seperti ubat cair darah, darah tinggi dan kolesterol.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.