≡ Menu

Cekur, Rupanya Rupanya Banyak Khasiat Tersembunyi Dalam Daun Ini

PELBAGAI KHASIAT CEKUR / KENCUR / Aromatic Ginger (Kaempferia galanga)

Apa itu cekur / kencur?

Mungkin kita pernah dengar kencur atau cekur ni digunakan untuk pembuatan jamu. Bila tengok, rupanya macam halia.

Sebenarnya ia memang dari keluarga yang sama, namun cekur ni lain daripada halia dan yang pasti, ia memiliki keunikan dan keistimewaannya tersendiri.

Cekur atau kencur adalah sejenis herba atau pokok renek.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Daunnya boleh dibuat ulam, urap, kerabu dan pecal.

Keseluruhan bahagian daun, batang, isi rizom dan akar boleh digunakan.

Ada juga yang menggunakannya isi rizomnya dalam pembuatan jamu.Ini kerana ia memiliki pelbagai khasiat dan manfaatnya.

Jom kita kenali lebih dekat tanaman cekur ini.

 

POKOK CEKUR / KENCUR
Ia merupakan sejenis herba yang kecil dan mempunyai daun yang berkembang secara mendatar di atas permukaan tanah.

Daunnya tersusun rapi dan padat. Mempunyai daun berwarna hijau dan berbentuk eliptik.

Daunnya beraroma. Bunganya tumbuh secara berasingan. Pokoknya tidak mempunyai batang dan mempunyai saiz rizom yang kecil dan aromatik.

Akarnya berisi (rizom) dan bahagian inilah yang sangat banyak digunakan. Bunga berwarna putih dan bersaiz antara 6-12 cm yang tumbuh dari bahagian tengah daun.

Ada sumber mengatakan bahawa cekur ini berasal dari Assam, Bangladesh, Kemboja, China Selatan-Tengah, India, Myanmar, Thailand dan Vietnam.

Kini ia telah diperkenalkan ke Malaysia, Maluku, Filipina, Sri Lanka dan Taiwan.

Di Malaysia ia biasanya didapati ditanam di kampung-kampung.

BACA:  Doktor Ini Kongsi 8 Cara Berpeluang Untuk Mendapat Anak Kembar

Cekur boleh dibiak melalui bahagian rizom atau memotong dari bahagian pokok ibu yang sudah matang.

7 PETUA & KHASIAT CEKUR/ KENCUR
Berikut adalah antara komponen yang terdapat dalam kencur / cekur

Protein
Serat
Mineral (termasuk, kalium, fosfor, magnesium, zat besi, kalsium, selenium, dan zink)
Vitamin, termasuk vitamin C, vitamin B, vitamin K, dan folat.

Selain itu, kencur juga mengandungi minyak pati yang memiliki sifat anti-oksidan, anti-radang, anti-bakteria.

Menurut laman web CNN, terdapat beberapa khasiat pada tanaman ini yang amat berguna kepada manusia antaranya :

1. SEBAGAI ‘UBAT TAHAN SAKIT’
Manfaat cekur atau kencur ini sudah terkenal sejak dahulu dan ia digunakan secara turun-temurun sebagai ‘ubat tahan sakit’.

Ia dikatakan boleh melegakan sakit kepala, sakit gigi, dan radang sendi. Ini kerana cekur mengandung sifat anti-bakteria dan anti-radang.

2. MEMPERCEPATKAN KESEMBUHAN LUKA & NANAH
Menurut Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, rizom pokok cekur yang dicampur dengan minyak digunakan secara luaran untuk menyembuh luka dan disapu pada bahagian yang mengalami keradangan reumatik.

Rizomnya yang dihiris dan diikat sebagai tuam dapat mempercepatkan bisul mengeluarkan nanah.

3. MENGHAPUSKAN KELEMUMUR
Mungkin ramai tak tahu cekur juga boleh dijadikan losyen yang digunakan untuk menghapuskan kelemumur dari kepala.

4. MENGURANGI STRES
Seperti halia yang sering digunakan dalam minyak pati (essential oil), cekur turut memberikan efek menenangkan fikiran dan meredakan rasa cemas serta stres.

Selain menggunakannya sebagai essential oil, ia juga boleh dicampurkan ke dalam masakan ataupun dalam jamu dan suplemen tradisional.

BACA:  9 Petua Melegakan Sakit Tekak & Bengkak Tonsil Dengan Bahan Semulajadi

5. MENGURANGKAN BATUK
Orang dulu-dulu cukup suka menggunakan cekur sebagai penawar gejala batuk.

Cara pengunaannya adalah seperti berikut:

Basuh akar, kupas dan parut. Perah jusnya. Masukkan jus limau nipis dan madu secukup rasa dan minum pati ini tiga kali sehari sehingga batuk reda.

Selain itu, rebusan atau serbuk cekur boleh dimanfaatkan untuk selesema atau hidung tersumbat.

6. MELEGAKAN SAKIT PERUT / ‘ANGIN’
Kalau rasa asyik nak sendawa atau asyik nak kentut tapi tak lepas tu boleh boleh juga ambil air rebusan kencur ini untuk membantu mengurangkan rasa kembung atau ‘angin’ dalam badan.

Hal ini terjadi kerana ia mengandungi sejenis kompaun carminative (yang bertindak mengeluarkan ‘angin’) dan sekaligus melancarkan pencernaan.

7. MENINGKATKAN TENAGA
Manfaat cekur antaranya boleh meningkatkan tenaga.

Anda hanya perlu merebus seulas cekur yang berukuran kira-kira 2cm panjang dengan segelas air.

Minum air rebusan kencur ini di malam hari sebelum tidur untuk rasa lebih bertenaga pada keesokannya.

BANYAK KEGUNAAN & MANFAAT CEKUR UNTUK KESIHATAN
Rupanya ada banyak kegunaan cekur atau kencur ni kan?

Bukan sekadar pada rizomnya, bahkan daunnya juga boleh dijadikan ulam-ulaman dan masakan lauk yang sedap.

Kalau ada banyak lagi ruang untuk tanaman di rumah, tak rugi kita tanam cekur. Banyak khasiat yang terkandung di sebaliknya.

Jom kita manfaatkan bersama-sama.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.