≡ Menu

Cuci Rambut Menggunakan Air Beras? Ya! Bukan Untuk Kulit Sahaja!

Selalu sangat kita dengar tentang mujarabnya air beras untuk kecantikan. Ada gunakan sebagai toner, masker muka, dan pembersih, tapi paling kerap adalah sebagai masker rambut.

Rahsia wanita Cina dahulu kala bagi mendapatkan rambut sihat bersinar dan lembut. Tapi memang betul berkesan atau sekadar scam semata.

Kebaikan Air Beras Untuk Rambut

Air beras penuh dengan antioksidan, mineral, vitamin B dan E, serta asid amino, yang semuanya baik untuk kecantikan rambut.

Amalan air beras sebagai masker rambut, dapat meningkatkan kesihatan rambut seperti berikut:

  • Meningkatkan keanjalan
  • Meningkatkan kilauan
  • Melicinkan rambut kusut
  • Menggalakkan pertumbuhan rambut
  • Meningkatkan kekuatan secara keseluruhan
BACA:  Sukar Melupakan Kesalahan Orang Lain Terhadap Diri Kita. Ini Petua Untuk Memaafkan Orang Lain

Hebatkan? Nak tahu sama ada kebaikan di atas memberi manfaat atau tidak, beberapa wanita menuba petua air beras di rambut mereka. Tengok hasil walaupun selepas pengguna pertama, amazing!

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Aplikasi Air Beras Sebagai Masker Rambut Selama 20 Minit

Prosesnya sama seperti anda menggunakan mana-mana masker rambut.

Sediakan air beras, letak dalam mangkuk dan rendam dalam 2 hingga 3 cawan air selama 30 minit. Selepas itu, tuang air beras dalam mangkuk bersih untuk proses mandi.

BACA:  Enam Manfaat Kayu Manis. Ini Sebabnya Orang Tua Tua Masukkan Kayu Manis Dalam Masakan

Lakukan rutin syampu biasa anda, kemudian tuangkan air beras ke seluruh rambut, urut ke kulit kepala dan biarkan selama 20 minit.

Pada akhirnya, bilas dengan air suam dan anda sudah selesai!

Sekarang anda cuba sendiri dan kongsikan result dengan kami. Bila rambut sihat, lembut dan bersinar, rasa diriku begitu berharga.

Selamat Beramal!

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.