≡ Menu

Dahsyat Sungguh Khasiat Barli. Boleh Mencegah Dan Merawat Banyak Penyakit

BARLI adalah bijirin yang banyak digunakan dalam pembuatan roti, minuman dan hidangan lain.

Sebagai bijirin penuh, barli kaya dengan fiber, vitamin dan mineral yang memberikan banyak khasiat untuk kesihatan.

Memakan makanan yang kaya bijirin penuh boleh mengurangkan risiko kegemukan, kencing manis, penyakit jantung, sebahagian jenis barah dan masalah kesihatan kronik yang lain.

Kesihatan jantung dan tekanan darah

Pelbagai nutrien yang terdapat dalam barli membantu sistem kardiovaskular.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

i-Vitamin dan mineral

Kandungan kalium, folat, zat besi dan vitamin B-6 serta rendah kolesterol pada barli meningkatkan fungsi kardiovaskular.

Kajian menunjukkan, memakan makanan yang tinggi vitamin B-6 dan folat dapat membantu mengurangkan tahap sebatian homosisteina (sejenis asid amino).

Ini kerana tahap sebatian homosisteina yang tinggi boleh meningkatkan risiko penyakit jantung.

Selain itu, kajian lain pula mendapati khasiat ini juga membantu merendahkan faktor risiko penyakit jantung seperti tekanan darah tinggi.

Folat dan zat besi sangat penting untuk membentuk sel darah merah dan mengoksigenkan darah bagi meningkatkan kesihatan jantung secara keseluruhannya.

Nutrien lain iaitu niasin, riboflavin, tiamin, folat, zat besi, magnesium dan selenium, berupaya meningkatkan proses pembentukan sel seperti membawa oksigen melalui darah dan fungsi kekebalan tubuh.

12 Khasiat Air Barli Yang Anda Tak Tahu

ii-Serat

Kehadiran serat untuk meningkatkan kesihatan jantung dengan membantu menguruskan tekanan darah dan mengawal tahap kolesterol.

Lebih khusus lagi, serat beta glukan yang terdapat dalam barli mengurangkan lipoprotein berketumpatan rendah atau kolesterol tidak baik dengan menghalang asid hempedu dan mengeluarkannya daripada badan menerusi perkumuhan.

Satu kajian yang dilakukan pada 2008 menunjukkan, makan tiga gram beta glukan setiap hari daripada produk berasakan barli dapat menurunkan kolesterol sehingga lapan peratus.

Kesihatan tulang

Fosfrus, kalsium, kuprum, magnesium dan zink dalam barli menyumbang peningkatan struktur serta kekuatan tulang.

Contoh, zink berperanan dalam pemineralan dan pertumbuhan tulang.

Sementara itu, kalsium, kalium, mangnesium serta fosforus menyumbang kepada kesihatan tulang juga keperluan untuk mengekalkan kekuatan sistem rangka.

BACA:  Keistimewaan Bulan Syawal, Bukan Bulan Beraya Je Tau

Barah

Barli mengandungi selenium dan pengambilannya dalam diet harian boleh mencegah keradangan.

Berdasarkan Institut Kanser Negara, individu yang menghidap sebahagian jenis kerandangan kronik seperti penyakit Crohn, berisiko tinggi kepada barah.

Ini kerana keradangan berpanjangan, ada kalanya boleh mencetuskan perubahan DNA yang menyebabkan sel terbahagi secara tidak terkawal.

Selenium juga bertindak sebagai antioksidan yang melindungi sel daripada kerosakan disebabkan oleh molekul iaitu radikal bebas.

Ia boleh meningkatkan risiko barah.

Selain itu, pengambilan tinggi serat berasaskan tumbuhan seperti barli juga boleh merendahkan risiko menghidap barah usus.

Keradangan

Kolin adalah nutrien lain yang dapat membantu mengurangkan keradangan.

Barli mengandungi betaina yang mana tubuh boleh menukarnya menjadi kolin.

Kolin membantu mendapatkan tidur yang baik, meningkatkan pergerakan otot dan daya ingatan.

Disamping itu, ia juga dapat mengekalkan struktur membran selular, membantu penghantaran impuls dan penyerapan lemak.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.