≡ Menu

Dakwat Sotong. Halalkah Ia Untuk Dimakan?

SOALAN
Saya ingin mendapatkan kepastian tentang dakwat sotong yang berwarna hitam itu adakah sebenarnya ia najis atau tidak najis?

JAWAPAN
Para fuqahak telah berselisih pendapat tentang dakwat hitam yang keluar dari haiwan laut yang bernama sotong ini.

Sebahagian fuqahak mengatakan ia adalah najis manakala sebahagian lagi mengatakan dengan sucinya.

Berkata Syeikh Abdul Rahman Ba’lawi :

Bermula yang zahirnya bahawa suatu yang berwarna hitam yang didapati pada setengah haiwan laut yang bukan ia darah dan bukan daging itu adalah najis ia kerana telah jelas pada ibarat kitab Tuhfah sungguhnya setiap sesuatu di dalam perut yang keluar dari juzuk-juzuk haiwan itu adalah najis.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Dan setengah daripadanya ialah dakwat hitam yang tersebut kerana ia dihukumkan darah atau seperti darah”

BACA:  Hukum Membuat Lesung Pipit Tiruan. Apakah Hukum Dari Sisi Islam

(Kitab Bughyah Al-Murtassyidin)
Dan tersebut pula pada kitab Bughyah At-Tullab:

Telah berkata sebahagian guru-guru kami sungguhnya dakwat hitam ini adalah suatu yang Allah jadikan bagi haiwan tersebut sebagai senjata yang berjaga dengannya dari haiwan laut lain yang lebih besar.

Maka apabila haiwan yang besar hendak menangkapnya lalu dikeluarkan dakwat hitam ini maka dia dapat menghilangkan diri darinya.

BACA:  Perceraian Semakin Tinggi, Suami Perlu Memainkan Peranan

Maka tidaklah diqiaskannya dengan muntah dan tidak juga air liur kerana keadaannya itu suatu yang istimewa bagi haiwan sotong ini dan ia adalah suci.”

KESIMPULAN

Hukum dakwat hitam yang ada pada sotong ini najis ia menurut setengah pendapat ulamak dan suci ia menurut setengah pendapat yang lain.

Yang afdhal ialah membasuhnya supaya keluar dari perselisihan.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.