≡ Menu

Dalam Apa Jua Keadaan, Tuturkanlah Kata Kata Yang Menyenangkan

Pentingnya Menuturkan Kata Yang Baik

فَقُل لَّهُمۡ قَوۡلࣰا مَّیۡسُورࣰا

“Maka katakanlah kepada mereka kata-kata yang menyenangkan hati” [Surah al-Isra’ 28]

Qaulan Maysura bermaksud ucapan yang mudah, yakni mudah dicerna, mudah dipahami oleh pendengar. Maksud lain adalah kata-kata yang menyenangkan atau mengandungi perkara-perkara yang menggembirakan.

Syeikh As-Sabuni dalam Safwah at-Tafasir menjelaskan: “Qaulan maysura ialah perkataan yang halus, mudah difahami, disertai dengan janji yang indah untuk mereka.”

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Dari Sayidina Jabir bin Abdullah r.a berkata:

BACA:  Konspirator Illuminati: Pemilik World Trade Center Tiada Di Pejabat Ketika Kejadian

‎كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا خَطَبَ احْمَرَّتْ عَيْنَاهُ وَعَلَا صَوْتُهُ وَاشْتَدَّ غَضَبُهُ حَتَّى كَأَنَّهُ مُنْذِرُ جَيْشٍ يَقُولُ صَبَّحَكُمْ وَمَسَّاكُمْ

”Kebiasaan Rasulullah saw jika berkhutbah (berpidatio), kedua matanya merah, suaranya lantang dan tampak marah (tegas). Seolah-olah baginda memperingatkan pasukan tentera dengan mengatakan: “Musuh akan menyerang kamu pada waktu pagi, musuh akan menyerang kamu pada waktu petang” (HR Muslim)

Ini menunjukkan kesungguhan baginda saw dalam menyampaikan sesuatu mesej agar jelas, tegas, mudah dihadam dan mudah difahami.

BACA:  Istimewanya Nabi Muhammad, Tidak Pernah Dilihat Menguap

Disebut dalam sebuah riwayat:

وَلَكِنَّهُ كَانَ يَتَكَلَّمُ بِكَلاَمٍ بَيِّنٍ فَصْلٍ, يَحْفَظُهُ مَنْ جَلَسَ إِلَيْهِ

“Tetapi baginda berbicara dengan pembicaraan yang terang dan jelas. Orang yang duduk mengadap baginda akan mudah menghafal perkataan baginda” (HR at-Tirmizi)

Pastikan ucapan kita ucapan yang menyenangkan atau berisi hal-hal yang menggembirakan. Jadikan ucapan kita mengandung nilai keredhaan bukan nilai kemurkaan

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.