≡ Menu

Dalam Islam, Kita Diajar Mencari Sahabat Yang Mempunyai Ciri Ciri Ini.

KEBANYAKAN daripada kita mempunyai ramai kawan. Tidak kiralah rakan sekelas, teman sekuliah, kawan sepejabat, jiran, kawan masjid, sahabat baik dan sebagainya.

Pastinya setiap rakan itu masing-masing mempunyai ragam dan kerenah tersendiri. Barangkali dalam ramai-ramai kawan yang kita miliki, mungkin hanya seorang dua yang betul-betul ‘ngam’ dengan kita.

Ya, semua orang pasti mempunyai rakan baik. Kita selesa dengan sikapnya, bercerita dengannya, berkongsi masalah dan sebagainya.

Paling penting, sahabat itu sentiasa ada sama ada dalam keadaan kita susah atau senang.

Demikianlah pengertian klise kita tentang sahabat baik.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Ketahuilah, Islam memberikan kita panduan dalam mencari sahabat yang baik.

BACA:  Kelebihan Bangun Awal Pagi. Masih Ramai Yang Tak Endah

1. Sahabat yang suka menasihati kita

Seorang sahabat yang baik, mereka selalunya berpegang kepada prinsip saling berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran.

Justeru, ketika sahabat seperti ini menasihati kita, dengarlah tegurannya dengan penuh sabar. Jangan pula kita bersikap ego dan sombong dengan mereka.

2. Sahabat yang mendoakan

Ketahuilah, seorang sahabat yang baik akan mendoakan kita dan kita juga melakukan perkara yang sama. Doa yang mereka panjatkan tanpa diketahui oleh rakannya, mustajab di sisi ALLAH SWT.

Rasulullah SAW bersabda: “Doa seorang Muslim untuk saudaranya secara berjauhan (tanpa pengetahuannya) adalah mustajab…” (Riwayat Muslim)

BACA:  Ramadhan Mendidik Kesabaran. 90 Kali Sabar Disebut Dalam Al-Quran

3. Elakkan diri daripada berdebat

Amat sukar untuk kita mencari sahabat yang bersifat sebegini. Dirinya sanggup mengelakkan diri daripada hal-hal yang boleh membawa kepada perdebatan hingga menjejaskan hubungan persahabatan.

Semuanya dilakukan demi menjaga silaturahim, ukhuwah, persaudaraan dan kelangsungan persahabatan.

“Carilah seramai mungkin sahabat-sahabat sebegini. Jika sudah ada sahabat yang tergolong dalam tiga jenis ini, jagalah mereka baik-baik.

Justeru, jagalah silaturahim dengan sahabat-sahabat kita. Jadilah sahabat yang menyenang hati dan memudahkan urusan orang lain.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.