≡ Menu

Dalam Memilih Orang Yang Penting, Kita Perlu Cari Kompeten Dan Integriti

Kompeten dan Integriti (amanah)

Allah Azza wa Jalla menceritakan kepada kita sebuah kisah yang menggambarkan betapa pentingnya nilai kompeten dan integriti (amanah) dalam memilih seseorang sebagai pekerja/pemimpin/suami. Dalam surah al-Qasas ayat 26-27, Allah SWT merakamkan perihal Nabi Musa dan Nabi Syu’aib عليهما السلام;

قَالَتْ إِحْدَاهُمَا يَا أَبَتِ اسْتَأْجِرْهُ إِنَّ خَيْرَ مَنِ اسْتَأْجَرْتَ الْقَوِيُّ الْأَمِينُ

“Dan salah seorang dari kedua (perempuan) itu berkata, “Wahai ayahku! Jadikanlah dia sebagai pekerja (pada kita), sesungguhnya orang yang paling baik yang engkau ambil sebagai pekerja (pada kita) ialah orang yang kuat (kompeten) dan dapat dipercaya (integriti).

قَالَ إِنِّي أُرِيدُ أَنْ أُنْكِحَكَ إِحْدَى ابْنَتَيَّ هَاتَيْنِ عَلَى أَنْ تَأْجُرَنِي ثَمَانِيَ حِجَجٍ فَإِنْ أَتْمَمْتَ عَشْرًا فَمِنْ عِنْدِكَ وَمَا أُرِيدُ أَنْ أَشُقَّ عَلَيْكَ سَتَجِدُنِي إِنْ شَاءَ اللَّهُ مِنَ الصَّالِحِينَ

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Dia (Nabi Syu’aib) berkata, “Sesungguhnya aku bermaksud ingin menikahkan engkau dengan salah seorang dari kedua anak perempuanku ini, dengan ketentuan bahwa engkau bekerja padaku selama lapan tahun dan jika engkau sempurnakan sepuluh tahun maka itu adalah (suatu kebaikan) darimu, dan aku tidak bermaksud memberatkan engkau. Insya Allah engkau akan mendapatiku termasuk orang yang baik.”

Ini lah kisah yang membuktikan sifat amanah dan kompeten adalah ciri-ciri yang perlu diberi perhatian dalam pemilihan seseorang individu sebagai “orang penting” dalam menggalas sesebuah tanggungjawab.

Maka, menjadi kewajipan bagi kita untuk menanam dua nilai ini dalam diri kita seterusnya memastikan setiap individu yang kita pilih untuk memegang apa-apa jawatan/tanggungjawab mempunyai nilai kompeten (القوي) dan integriti (الأمين).

BACA:  Kenapa Orang Dulu Dulu Memasak, Tambah Daun Kucai? Ini Khasiatnya

Firman Allah SWT;

قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَن تَشَاءُ وَتَنزِعُ الْمُلْكَ مِمَّن تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَن تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَن تَشَاءُ ۖ بِيَدِكَ الْخَيْرُ ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Katakanlah (Muhammad), “Wahai Tuhan pemilik kekuasaan, Engkau berikan kekuasaan kepada siapa pun yang Engkau kehendaki, dan Engkau cabut kekuasaan dari siapa pun yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan siapa pun yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan siapa pun yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sungguh, Engkau Mahakuasa atas segala sesuatu.” (Surah Ali Imran ayat 26)

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.