≡ Menu

Daun Betik, Ulam Yang Mempunyai Pelbagai Khasiat Tersembunyi

Apakah khasiat daun betik pada kesihatan? Artikel ini akan membincangkan beberapa khasiat daun betik, kandungan nutrisi dan kompuan sihat di dalamnya.

Pengenalan

Pokok betik merupakan sejenis pokok yang mempunyai ketinggian antara 5 ke 10 meter dan mudah didapati di negara kita. Tumbuhan ini dikatakan berasal dari Selatan Mexico, Amerika tengah dan utara Amerika Selatan.

Tahukah anda bahawa selain daripada buah betik yang mempunyai pelbagai kebaikan terhadap kesihatan, daunnya juga turut bermanfaat untuk kesihatan kita.

Sering kali kita mendengar bahawa daun betik digunakan secara tradisional untuk merawat demam denggi. Namun begitu, adakah ini sahaja kebaikan yang ditawarkan oleh daun betik?

Bagaimana pula dengan kandungan dan komponen berkhasiat yang terdapat pada daun betik? Artikel ini akan membincangkan dengan lebih lanjut akan kebaikan daun betik ini.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Komponen Berkhasiat Daun Betik

Antara komponen berkhasiat yang terkandung di dalam daun betik ialah alkaloid. Alkaloid dikatakan terdiri daripada quinine, iaitu sejenis komponen yang bersifat anti-malaria. Kandungan vitamin C di dalam daun betik pula dikatakan dapat merawat selsema dan penyakit-penyakit lain.

Selain itu, daun betik mengandungi kandungan mineral yang tinggi seperti kalsium, magnesium, natrium, kalium dan ferum di mana ianya merupakan komponen-komponen yang diperlukan untuk proses pembekuan darah, fungsi jantung dan sistem saraf.

10 Khasiat Daun Betik Terhadap Kesihatan

Berikut merupakan kebaikan yang ditawarkan oleh daun betik terhadap kesihatan

1. Merawat penyakit demam denggi

Secara tradisionalnya, daun betik sering digunakan untuk merawat penyakit demam denggi. Penyakit demam denggi adalah salah satu penyakit yang disebabkan oleh virus denggi yang disebarkan melalui nyamuk aedes.

Salah satu kajian telah menemukan bahawa pemberian air ekstrak daun betik kepada pesakit demam denggi dapat membantu untuk meningkatkan paras platelet, sel darah putih dan neutrofil di dalam badan di mana komponen-komponen ini mempunyai fungsi yang penting untuk sistem imunisasi tubuh badan.

2. Bersifat anti tumor

Daun betik dikatakan mempunyai sifat anti kanser di mana ianya telah digunakan oleh masyarakat Australia untuk tujuan pencegahan kanser.

Kajian mendapati bahawa ekstrak daun betik mampu untuk menyekat aktivit sel tumor sekaligus mencegah pembentukkan tumor.

3. Mengawal paras gula

Penyakit diabetes ataupun kencing manis sering dikaitkan dengan paras gula di dalam darah. Daun buah betik dikatakan mempunyai potensi untuk mengawal paras gula di dalam dan digunakan secara tradisional untuk merawat masalah ini.

Satu kajian yang dijalankan terhadap haiwan menemui bahawa pemberian ekstrak daun betik paras gula di dalam haiwan yang mempunya diabetes.

4. Bersifat anti bakteria

Umum mengetahui bahawa jangkitan bakteria mampu untuk mengundang pelbagai masalah kesihatan kepada manusia. Kajian telah dijalankan untuk mengkaji kesan antibakteria daun betik ke atas aktiviti bakteria. Kajian ini mendapati bahawa ekstrak daun betik dapat menghalang aktiviti bakteria gram negatif and salmonella typhi.

5. Anti radang dan inflamasi

Satu kajian telah dijalankan ke atas haiwan untuk mengkaji sifat anti radang yang terdapat pada daun betik. Haiwan ini diberi ekstrak daun betik sebanyak 25-200 mg/kg secara oral. Kajian mendapati bahawa pemberian ekstrak dapat mengurangkan pengumpulan cecair ataupun edema pada bahagian kaki haiwan tersebut.

6. Bersifat analgetik (tahan sakit)

Aktiviti dan sifat analgetik ekstrak daun betik telah dikaji keatas model haiwan menggunakan kesakitan yang disebabkan oleh asid asetik. Kajian ini mendapat bahawa pemberian ekstrak daun betik pada dos 0.175, 0.35 dan 0.7 mg/kg berat badan mampu untuk menghasilkan sifat analgetic.

BACA:  Kenapa Pisang Tidak Digalakkan Sebagai Sarapan? Bukan Ke Sihat??

7. Membantu pencernaan

Antara salah satu enzim yang bermanfaat yang ada pada pokok betik ialah enzim papain dan chymonpapain. Kedua-dua enzim ini dikatakan dapat membantu pencernaan dan mencegah sembelit. Kandungan komponen yang bersifat anti-inflamasi juga dapat mencegah keradangan sistem penghadaman.

8. Membantu pertumbuhan rambut

Daun betik telah digunakan secara tradisional untuk membantu dan menggalakkan pertumbuhan rambut. Ianya turut digunakan secara topikal untuk menjaga kesihatan kulit kepala. Hal ini kerana kandungan antioksidanya dan sifat anti kulatnya dikaitkan dengan pencegahan pembentukan kelemumur. Namun begitu, masih tiada kajian yang kukuh dijalankan untuk membuktikan hal ini.

9. Menjaga kesihatan kulit

Selain daripada membantu sistem penghadaman, kandungan enzim papain di dalamnya juga mampu untuk mengangkat sel-sel kulit mati, mencegah pori tersumbat dan pembentukan rambut dan jerawat pada wajah.

10. Mengurangkan kesakitan ketika haid

Daun betik juga digunakan secara tradisional untuk merawat kesakitan semasa haid. Ini kerana daun betik dikatakan mampu untuk mengawal keseimbangan hormon dan melancarkan kitaran haid.

Konklusinya, walaupun terdapat banyak kebaikan daun betik yang disenaraikan, namun kebanyakkan kajian yang dijalankan adalah terhadap model haiwan dan bukannya terhadap manusia.

Oleh itu, anda haruslah mendapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu sebelum mengamalkan apa-apa perubatan kerana dikhuatiri mampu untuk menjejaskan kesihatan anda.

 

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.