Kelebihan sesuatu ramuan atau sayuran dari sudut kesihatan ini banyak ditularkan melalui media sosial seperti kelebihan campuran bawang halia daun saderi dan cuka epal untuk jantung tersumbat. Jika diteliti kembali, tiada satu pun kesahihan kelebihan sayuran tersebut dalam perubatan secara spesifik seperti yang di dakwa.
Begitu juga dengan tularan tulisan ini (daun saderi rebus untuk cuci buah pinggang). Ianya hanya tulisan tular yang tidak dibukti pun. Tiada lagi pesakit buah pinggang yang tampil mendakwa bahawa mereka berjaya mencuci buah pinggang mereka dengan kaedah tersebut. Bahkan ia semakin menyeksakan. Jika sudah sampai tahap mencuci buah pinggang secara dialisis, maka teruskan jangan bertangguh kerana mudaratnya anda sendiri akan menanggungnya.
Tulisan lain yang biasa ditularkan atas nama Dr Ir Budi Indarto ini adalah seperti larangan mencampurkan beberapa jenis makanan:
- Larangan campur susu + nangka
- Larangan campur gula + manggis
- Larangan campur durian + bir/coco cola boleh jadi stroke
- Larangan campur vitamin C + udang boleh jadi racun arsenik.
Tulisan sebegini pun tiada bukti yang sahih. Malah Dr Ir Budi Indarto dari Indonesia itupun tidak wujud. Ikatan Doktor Indonesia (IDI) juga telah menafikan bahawa De Ir Budi ini ahli IDI.
Boleh saya katakan tulisan khasiat tertentu buah-buahan sama kaedahnya dengan penyebaran hadis-hadis palsu seperti hadis berikut:
ما من امرأة حاملة أكلت البطيخ إلا يكون مولودها حسن الوجه والخلق
“Tidak ada seorang perempuan hamil yang makan buah tembikai, kecuali anak yang dilahirkan olehnya wajah dan fizikalnya bagus.” (Hadis Palsu)
Tujuan seberan adalah untuk melariskan jualan mereka atas nama memalsukan hadis. Nauzubillah.
Suhazeli.Com
Fb.Com/drsuhazeli
27.6.2018
Kuala Berang