Penyakit diabetes boleh terjadi kepada sesiapa tanpa mengira peringkat usia. Namun, apa yang lebih membimbangkan apabila ibu hamil mengalami masalah kencing manis yang digelar diabetes gestasi.
Diabetes gestasi adalah penyakit kencing manis ketika hamil yang bermula sewaktu kandungan minggu ke-24. Ini akan menyebabkan kadar dalam darah ibu meningkat jika tidak dikawal dengan baik. Terdapat beberapa simptom dan tips untuk ibu yang ada diabetes ketika hamil. Mari kami kongsikan.
SIMPTOM IBU HAMIL ADA DIABETES
Untuk pengetahuan anda, diabetes gestasi mungkin tidak akan menunjukkan sebarang simptom dan hanya dapat dikesan melalui ujian saringan penyakit itu.
- Kerap haus
- Kerap kencing
- Cepat penat
- Mulut kering
7 TIPS DIET UNTUK IBU HAMIL ADA DIABETES
1. JANGAN MAKAN TERLALU BANYAK
Sebagai contoh, anda boleh ambil 3 hidangan maksimun dalam masa sehari agar masih dapat nutrisi dan elak kadar gula dalam darah menjadi terlalu tinggi.
2. LEBIHKAN MENGAMBIL SERAT
Anda mungkin perlu lebih banyak mengambil serat daripada roti, nasi, barli, kekacang atau bijirin lain agar mampu mengekalkan kadar glukosa dalam tubuh badan.
3. LEBIHKAN PENGAMBILAN SUSU
Susu adalah sumber kalsium terbaik dan memandangkan ia adalah cecair, maka susu akan dapat diserap dengan lebih cepat. Namun, jangan ambil terlalu banyak ya.
4. KURANGKAN PENGAMBILAN GULA
Perkara paling penting yang anda perlu elak adalah makanan atau minuman yang tinggi gula bagi mengekalkan gula dalam darah.
5. JANGAN CUAI BERSARAPAN PAGI
Kadar glukosa sukar untuk dikawal pada waktu pagi ekoran hormon kehamilan yang kuat. Oleh itu, sila bersarapan pagi dengan pilihan hidangan yang tepat.
6. PILIH ALTERNATIF YANG PALING BAIK
Ibu hamil juga mungkin boleh menggunakan pemanis alternatif bagi menggantikan gula bagi mengelak diabetes gestasi menjadi lebih teruk. Antaranya ialah:
- Aspartame
- Acesulfame
- Sucralose
- Stevia
7. IBU HAMIL PERLU KEKAL AKTIF
Sangat penting bagi setiap ibu hamil sama ada dengan diabetes atau tidak untuk sentiasa kekal aktif bagi memastikan kecergasan dan kekuatan tubuh badan.
Kebiasaannya, kadar glukosa ini akan kembali normal selepas bersalin, namun masih berisiko untuk ibu hamil masih menghidap kencing manis jenis 2 pula. Dapatkan nasihat doktor dengan segera.