≡ Menu

Diangkat Martabat Wanita Dalam Islam Setelah Era Jahiliyah. Subhanallah

Sebelum kedatangan Islam pada zaman Jahilliyah prempuan/wanita direndah-rendahkan namun Islam yang di bawah oleh nabi Muhammad s.a.w mengangkat martabat perempuan/wanita.

Seorang anak perempuan/wanita akan membesar dewasa menjadi seorang isteri dan juga seorang ibu. Perempuan/wanita mereka inilah yang melahirkan/memberikan zuriat kepada pasangan (suami dan isteri)

Seorang perempuan/wanita sangat dimuliakan perananya dalam kehidupan sehinggakan Allah menamakan satu surah dengan Surah An-Nisa’ (surah perempuan-perempuan) bagi mengangkat golongan ini.

Dari Abu Hurairah, dia berkata, ada seorang laki-laki datang kepada Rasulullah SAW dan bertanya: ‘Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak aku perlakukan dengan baik?’ Rasul pun menjawab: ‘Ibumu’. ‘Lalu siapa lagi?’, ‘Ibumu’. ‘Siapa lagi’, ‘Ibumu’. ‘Siapa lagi’, ‘Ayahmu’.”

BACA:  Suami Perlu Didik Diri, Berusaha Fahami Perkara Yang Dapat Kurangkan Beban Isteri
Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Daripada Aisyah R.A, Rasulullah S.A.W telah bersabda yang maksudnya:

“Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.”

[HR Bukhari, Muslim dan at-Tirmizi].

 

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

“Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan karenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah S.W.T akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-Nya untuk mereka.” Seorang lelaki bertanya, “Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?” Sabda Baginda, “Juga untuk dua anak perempuan.” Seorang lelaki berkata, “Atau untuk seorang wahai Rasulullah?” Rasulullah S.A.W menjawab, “Juga untuk seorang.”

BACA:  Solat Diterima Atau Tidak. Ketahui Tanda Tanda Ibadah Diterima Allah

[HR Ahmad dan Al-Hakim]

Bagi pasangan yang dianugerahkan anak perempuan/wanita hargai dan bimbing dan jagalah mereka dengan penuh tanggungjawab dan memberikan didikan agama yang secukupnya kelak mereka menjadi pelindung kepada kita daripada api neraka dan masuk syurga dengan kelebihan rahmat-Nya untuk mereka.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.