≡ Menu

Diet Untuk Pesakit Gout (Diet Rendah Purine)

Dalam pesakit gout, apa yang penting adalah untuk mengurangkan pengambilan makanan yang mempunyai tinggi kandungan purine

1. Contoh makanan yang mengandungi kandungan purine yang tinggi:

– Ikan bilis
– Organ dalaman
– Angsa
– Sardin
– Kepah
– Telur ikan

2. Contoh makanan yang mengandungi kandungan purine pada tahap sederhana:

– Daging
– Kerang
– Ikan
– Asparagus
– Dhal
– Cendawan
– Kacang peas
– Bayam

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Makanan dalam bahagian ini masih boleh dimakan tetapi perlu dihadkan dalam 2 kali sehari dengan kadar yang sederhana

BACA:  Tangan Wanita Muncul Bintik Hitam, Selepas Diperiksa Doktor Pula Terkejut!

3. Contoh makanan yang mengandungi kandungan purine yang rendah:

– Bijirin dan hasil bijirin seperti roti, nasi dan bihun
– Susu dan hasil tenusu

Makanan seperti ini diperbolehkan makan seperti biasa.

***Pesakit gout juga perlu mengurangkan pengambilan gula yang mempunyai fruktosa seperti gula yang terdapat di dalam buah-buahan ataupun gula jenis sukrosa. Gula jenis ini juga akan meningkatkan penghasilan asid urik di dalam badan dan membawa kepada serangan gout.

Dr Abdul Latif Saad
Pegawai Perubatan
Pengasas page Root of Science dan TheDiagnosa

Fb: m.facebook.com/latif.saad
Websites: https://thediagnosa.com/drlatifsaad

 

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.