≡ Menu

Doa Doa Dalam Al-Quran Untuk Dipermudahkan Urusan. Cubalah Amalkan

Dalam menjalani kehidupan harian adakalanya kita menghadapi saat yang sukar. Sama ada mahu ataupun tidak, waktu yang sukar itu tetap perlu dilalui. Namun begitu, sebagai seorang Muslim, kita boleh memohon doa dipermudahkan urusan.

Ada yang nak mohon doa dipermudahkan urusan bersalin, kerja dan juga perniagaan.

Bagi yang nak berkahwin, dipermudahkan urusan kahwin. Jika masih belum bertemu jodoh, dipermudahkan urusan jodoh.

Apa saja masalah dalam kehidupan, kita boleh memohon doa kepada Tuhan.

Untuk itu, kali ini kami kongsikan beberapa doa untuk mudahkan urusan yang elok diamalkan.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Doa Dipermudahkan Urusan

#1. Doa Nabi Yunus (Surah Al-Anbiya’: Ayat 87)

Doa Nabi Yunus adalah antara doa mudahkan urusan yang popular. Seringkali dipesan oleh ibu bapa untuk dibaca jika kita menjalani sesuatu yang sukar.

Doa Nabi Yunus ini adalah dari Surah Anbiya’, ayat 87.

لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

Doa dipermudahkan urusan rumi: La ilahailla anta subhanaka inni kuntu minazolimin

Maksud AyatTidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim

Doa ini adalah doa yang tidak putus dibaca Nabi Yunus ketika berada dalam perut ikan nun. Ia merupakan doa yang memohon keampunan dari Allah atas segala dosa yang dilakukan. Selain menunjukkan kepercayaan kepada keagungan Allah.

#2. Doa Nabi Musa (Surah Taha: Ayat 25-28)

رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي

Doa dipermudahkan urusan rumi: Rabbish rohli sodri wa yassirli amri wah lul ‘ukdatam millisani yafqohu qauli

Maksud AyatYa Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku, dan mudahkanlah bagiku urusanku dan bebaskanlah kekakuan pada lidahku supaya mereka mengerti perkataanku

Ayat ini adalah doa yang dibaca Nabi Musa a.s ketika nak berhadapan dengan Firaun untuk berdakwah. Untuk itu Nabi Musa berdoa kepada Allah agar dilancarkan lidah ketika berkata-kata.

BACA:  Hukum Berak Sambil Hisap Rokok - Ustaz Azhar Idrus

#3. Surah Ali Imran: Ayat 173

حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ

Doa dipermudahkan urusan rumi: Hasbunallahu wa ni’mal wakil

Maksud AyatCukup hanya Allah bagi kami dan Dia ialah Maha Pelindung

Ayat ini menunjukkan rasa kebergantungan kepada Allah. Bertawakal kepada Allah, sebaik-baik pelindung.

Doa ini Nabi Muhammad s.a.w baca di hadapan pembawa berita ketika baginda mendapat berita akan diserang. Nabi Ibrahim turut membaca doa ini ketika dilempar ke dalam api.

#4. Doa Ashabul Kahfi (Surah Al-Kahfi: Ayat 10)

رَبَّنَا آتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

Doa dipermudahkan urusan rumi: Rabbana aatina min ladunka rahmataw wahaiyik lana min amrina rashada

Maksud AyatYa Allah, berikanlah kepada kami rahmat dari sisiMu, dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami ini

Doa ini elok dibaca sebelum memulakan sesuatu urusan untuk memohon kepada Tuhan supaya segala urusan berjalan lancar.

#5. Surah Al-A’raf: Ayat 126

رَبَّنَاۤ اَفۡرِغۡ عَلَيۡنَا صَبۡرًا

Doa dipermudahkan urusan rumi: Rabbana afghir ‘alaina sobra

Maksud AyatYa Tuhan kami, anugerahkanlah kesabaran kepada kami

Doa ini memohon kepada Allah agar diberikan kesabaran dan ketabahan hati ketika menghadapi segala ujian.

#6. Surat Al-Insyirah: Ayat 5-6

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا. إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

Doa dipermudahkan urusan rumi: Fainna maal usri yusra. Inna maal usri yusra

Maksud AyatKerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan

#7. Surat Al-Baqarah: Ayat 255 (Ayat Kursi)

اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ ۚ لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ ۚ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۗ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ ۚ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ ۚ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ ۖ وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا ۚ وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ

Doa dipermudahkan urusan rumi: Allahu la ilaha illa Huwal Haiyul Qaiyum, La ta’khuzhuhu sinatun wa la naum, lahu ma fis samawati wa ma fil ‘ard, Man zhal lazhi yashfa’u ‘indahu illa bi-izhnihi, Ya’lamu ma baina aidihim wa ma khalfahum, wa la yuhituna bi shai’im min ‘ilmihi illa bima sha’a, Wasi’a kursiyuhus samawati wal ard, wa la ya’uduhu hifdzhuhuma Wa Huwal ‘Aliyul-Azheem

BACA:  Musibah Itu Hadir Untuk Mencuci Dosa Dosa Kita. Insaflah, Dan Bersyukurlah Selalu

Maksud AyatAllah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhlukNya); tidak mengantuk dan tidak tidur. KepunyaanNya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa’at di sisi Allah tanpa izinNya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendakiNya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.

#8. Hadis Riwayat Ibnu Hibban

Anas bin Malik berkata bahawa Rasulullah saw bersabda,

اللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً

Doa dipermudahkan urusan rumi: Allahumma la sahla illa ma ja’altahu sahla, wa anta taj’alul hazna iza shi’ta sahla

Maksud AyatYa Allah, tidak ada kemudahan kecuali yang Engkau mudahkan dan Engkau perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah apabila Engkau menghendakinya

Akhir Kata

Doa dari Al-Quran dan hadis adalah doa yang baik untuk diamalkan dalam kehidupan.  Sebagai hamba Allah, mohon doa kepadaNya agar dugaan yang datang dapat kita hadapi dengan tenang dan mudah.

Doa dipermudahkan segala urusan ini bukan sahaja dibaca saat kita menghadapi kesusahan. Akan tetapi, sentiasa dibaca setiap hari agar semua urusan harian berjalan lancar.

Semoga dengan mengamalkan doa di atas ini dapat membantu memudahkan segala urusan kalian.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.