≡ Menu

Doa Ketika Hujan. Amalkanlah Agar Rahmat Yang Mendatangi Kita, Bukan Bala

Doa Ketika Banjir

Hujan ialah makhluk yang diturunkan oleh Allah bukan sahaja sebagai pembawa rahmat malah sebagai pembawa peringatan dan ujian kepada hambaNya.

Dalam musim tengkujuh, negara kita diuji dengan bencana banjir khususnya di beberapa negeri yang berisiko seperti Kelantan.

Ditambah pula dengan wabak covid-19, situasi ini begitu getir bagi kebanyakan penduduk yang terlibat dengan bencana alam tersebut sehingga menyebabkan kematian dan kerugian harta benda.

Sebagai hambaNya yang beriman, kita digalakkan untuk sentiasa berdoa kepada Allah dalam apa jua keadaan.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Di sini kami ingin berkongsi kepada semua satu doa yang boleh diamalkan bersama agar terhindar dari banjir yang diajarkan oleh baginda Rasulullah SAW.

BACA:  Al-Quran Melarang Merampas Suami Atau Isteri Orang

DOA KETIKA HUJAN LEBAT & BANJIR MENGIKUT SUNNAH

Berdasarkan hadis Riwayat Bukhari, ini doa ketika hujan lebat yang pernah dibaca Rasulullah SAW:

اللَّهُمّ حَوَالَيْنَا وَلَا عَلَيْنَا,اللَّهُمَّ عَلَى الْآكَامِ وَالْجِبَالِ وَالظِّرَابِ وَبُطُونِ الْأَوْدِيَةِ وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ

Maksudnya, “Ya Allah, turunkan lah hujan di sekitar kami, bukan untuk merosakkan kami. Ya Allah, turunkanlah hujan ke dataran tinggi, gunung-gunung, bukit-bukit, lembah, dan tempat tumbuhnya pepohonan.

Hujan diturunkan membawa rahmat dan dijadikan waktu mustajab untuk berdoa.

Namun, ada waktunya awan gelap datang membawa hujan dalam bentuk bencana alam sehingga memusnahkan harta benda.

Oleh itu, adalah peranan kita sebagai hamba yang kerdil untuk meletakkan harapan dan memohon perlindungan dari Allah atas segala ketentuan yang diberikan.

Semoga ada hikmah yang tersembunyi dengan setiap nikmat dan musibah yang sudah tertulis oleh Ilahi.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.