≡ Menu

Doa Memperbaiki Urusan Dunia Dan Akhirat Menurut Hadis.

Matan Hadith
حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ دِينَارٍ حَدَّثَنَا أَبُو قَطَنٍ عَمْرُو بْنُ الْهَيْثَمِ الْقُطَعِيُّ عَنْ عَبْدِ الْعَزِيزِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي سَلَمَةَ الْمَاجِشُونِ عَنْ قُدَامَةَ بْنِ مُوسَى عَنْ أَبِي صَالِحٍ السَّمَّانِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ :كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: اللَّهُمَّ أَصْلِحْ لِي دِينِي الَّذِي هُوَ عِصْمَةُ أَمْرِي وَأَصْلِحْ لِي دُنْيَايَ الَّتِي فِيهَا مَعَاشِي وَأَصْلِحْ لِي آخِرَتِي الَّتِي فِيهَا مَعَادِي وَاجْعَلْ الْحَيَاةَ زِيَادَةً لِي فِي كُلِّ خَيْرٍ وَاجْعَلْ الْمَوْتَ رَاحَةً لِي مِنْ كُلِّ شَرٍّ.رواه مسلم والنسائي.

التخريج: صحيح مسلم , كتاب الذكر والدعاء والتوبة والاستغفار , باب التعوذ من شر ما عمل ومن شر ما لم يعمل , رقم حديث 2720 , عن أبي هريرة رضي الله عنه.

 

Terjemahan
Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: “Adalah Rasulullah SAW sering berdoa:

اللّٰهُمَّ أَصْلِحْ لِي دِينِي الَّذِي هُوَ عِصْمَةُ أَمْرِي وَأَصْلِحْ لِي دُنْيَايَ الَّتِي فِيهَا مَعَاشِي وَأَصْلِحْ لِي آخِرَتِي الَّتِي فِيهَا مَعَادِي وَاجْعَلْ الْحَيَاةَ زِيَادَةً لِي فِي كُلِّ خَيْرٍ وَاجْعَلْ الْمَوْتَ رَاحَةً لِي مِنْ كُلِّ شَرٍّ

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

(Ya Allah, perbaikilah bagiku agamaku yang menjadi benteng pelindung urusanku, perbaikilah bagiku duniaku yang menjadi tempat kehidupanku, perbaikilah bagiku akhiratku yang menjadi tempat kembaliku. Jadikanlah baki kehidupan ini sebagai tambahan (peluang) bagiku dalam segala kebaikan dan jadikanlah kematian sebagai kebebasanku daripada segala kejahatan)”. (Hadith riwayat Muslim, No. 2720, an-Nasaie, No. 1346, At-Tabrani dalam Mu’jam Al-Ausatd, No. 7257, dalam Mu’jam Al-Soghir, No. 865, Al-Bazar dalam musnadnya, No. 986)

BACA:  Reaksi Tun M Tentang Isu Serbuan Khalwat


Pengajaran
Agama adalah cara kehidupan manusia yang menjadi panduan menuju jalan kebenaran. Hanya dengan berpegang teguh kepada ajaran Islam sahajalah manusia itu akan mendapat kebahagian di dunia mahupun di akhirat sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah Ali- Imran, ayat 19 yang bermaksud: “Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam”.
Allah turunkan agama untuk menjadi benteng yang melindungi seseorang agar tidak tergelincir dan terjerumus dalam kesalahan dan maksiat. Ia menjaga manusia daripada kesesatan dan mengikut hawa nafsu dalam mengabdikan diri kepada Allah SWT. Sesungguhnya Allah SWT menjadikan kehidupan dunia sebagai tempat persinggahan untuk hamba-Nya memperbanyakkan amal soleh sebagai bekalan kehidupan di akhirat yang kekal abadi.
Allah SWT telah menetapkan ajal dan maut setiap insan. Justeru, jika Allah SWT memberikan baki kehidupan ke atas hamba-Nya, ia adalah peluang untuknya menambah amal soleh. Namun jika dihabiskannya dalam kemaksiatan maka sesungguhnya kematian itu adalah pembebasan dan penamat baginya daripada segala kejahatan. Oleh itu, sentiasalah berdoa agar Allah memperbaiki urusan kita di dunia dan di akhirat.
Sumber rujukan:

Kitab Sahih Muslim
Kitab Sunan An-Nasaie
Kitab Mu’jam Al-Ausatd Li At-Tabrani
Kitab Mu’jam Al-Soghir Li At-Tabrani
Kitab Al-Bahrul Al-Zukhar al-Ma’ruf bi Musnad Al-Bazzar
Kitab Syarh Sahih Muslim Li An-Nawawi
Kitab Mirqatul Mafatih Syarh Misykatul Masobih

Sumber

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.