≡ Menu

Doa Menghilangkan Was Was. Insya’Allah Kita Lebih Yakin

Sesungguhnya was-was itu datangnya dari syaitan dan syaitan itu adalah musuh manusia yang teramat nyata.

أَعۡهَدۡ إِلَيۡكُمۡ يَٰبَنِيٓ ءَادَمَ أَن لَّا تَعۡبُدُواْ ٱلشَّيۡطَٰنَۖ إِنَّهُۥ لَكُمۡ عَدُوّٞ مُّبِينٞ ٦٠ وَأَنِ ٱعۡبُدُونِيۚ هَٰذَا صِرَٰطٞ مُّسۡتَقِيمٞ ٦١

Maksudnya: Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu hai Bani Adam supaya kamu tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu”,(61) dan hendaklah kamu menyembah-Ku. Inilah jalan yang lurus.

(Surah Yasin: 60-61)

BACA:  Dunia Ini Hanya Persinggahan. Usahlah Terpesona, Insafi Diri Dengan Memahami Surah Al-Zalzalah
Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Lazimnya was-was ini berlaku kepada seseorang/individu yang ingin melaksanakan ibadah solat dari bermula mengambil wuduk sehinggalah hendak solat untuk niat dan mengangkat takbiratul ihram.

Kadang-kadang terjadi ketika mengambil wuduk berulang-ulang kali sehingga baju basah dan kemungkinan solat jemaah telah selesai.

Boleh jadi berlaku ketika mengangkat takbiratul ihram berulang-ulang sehingga ketinggalan rakaat pertama dan kemungkinan sehingga seterusnya.

Berlaku juga ketika mandi wajib hingga menggunakan air yang banyak.

Terjadi juga ketika melaksanakan ibadah yang lain.

BACA:  6 Jenis Solat Sunat Yang Boleh Kita Dirikan Semasa Kita Qiamullail. Lazimi Qiamullail

Berikut di gambar di atas dan ayat di bawah dikongsikan antara doa  yang boleh dibaca untuk mengatasi was-was.

يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ وَطَاعَتِكَ

Maksudnya: Wahai (Tuhan) yang membolak-balikkan hati-hati, tetapkanlah hatiku atas agama-Mu dan ketaatan kepada-Mu.

Semoga kita dilindungi dan dijauhi dari was-was ketika melaksanakan ibadah kepada Allah SWT.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.