≡ Menu

Doa Mohon Disucikan Hati Dari Sifat Sifat Mazmummah. Insya’Allah

Hati ialah raja. Begitu perumpamaan yang disebutkan dalam hadis bagi mengingatkan pentingnya peranan hati bagi manusia. Sifat raja sudah pasti memberi arahan dan mempengaruhi setiap apa yang berada di bawah takluknya.

Baik hati maka baiklah seluruh anggota, yakni perilaku yang ditadbir oleh hati ini.

Namun, payah bukan untuk menjaga hati?

Ada kalanya, rasa-rasa yang buruk dan negatif datang tanpa diundang. Rasa marah, cemburu, sakit hati, rasa mahu menyakiti, rasa dendam dan 1001 macam perasaan lagi. Rasa-rasa ini pula selalunya datang seiring dengan pemikiran-pemikiran negatif atau berlebihan (overthinking) yang belum dapat dikawal.

“Aku harap dia boleh rasa sakit sama macam yang aku rasa”

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

“Dia memang sombong dengan harta benda yang dia tunjuk”

Berbagai lagi pemikiran-pemikiran boleh datang, dan kadang-kala ia tidak berkait langsung dengan kehidupan diri sendiri yang dijalani.

Ketika ini, mohonlah kepada Allah agar hati disucikan dan diberikan sifat taqwa. Mengadulah kepada Allah SWT bahawa hati sendiri masih belum mampu menjadi raja yang baik untuk anggota badan.

BACA:  Mungkin kita sangka telah melakukan kebaikan, namun rupanya semua kebaikan tersebut tidak ada nilai di sisi Allah. Nauzubillah

اللَّهُمَّ آتِ نَفْسِي تَقْوَاهَا وَزَكِّهَا

Ya Allah, berikan kepada diri ini sifat taqwa dan sucikanlah ia.

أَنْتَ خَيْرُ مَنْ زَكَّاهَا أَنْتَ وَلِيُّهَا وَمَوْلاَهَا

Engkau adalah sebaik-baik yang menyucikannya. Engkau adalah penjaganya dan tuannya.

Doa ini sebenarnya ialah potongan dari hadis berisi doa yang lebih panjang iaitu:

Daripada Zaid bin Arqam RA, beliau berkata: Aku tidak akan berkata kepada kalian melainkan apa yang Rasulullah SAW katakan. Baginda pernah berdoa:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَالْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَالْهَرَمِ وَعَذَابِ الْقَبْرِ

Ya Allah, aku berlindung dengan Mu daripada sifat lemah, malas, penakut, kedekut, nyanyuk dan azab kubur.

اللَّهُمَّ آتِ نَفْسِي تَقْوَاهَا وَزَكِّهَا

Ya Allah, berikan kepada diri ini sifat taqwa dan sucikanlah ia.

أَنْتَ خَيْرُ مَنْ زَكَّاهَا أَنْتَ وَلِيُّهَا وَمَوْلاَهَا

Engkau adalah sebaik-baik yang menyucikannya. Engkau adalah penjaganya dan tuannya.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عِلْمٍ لاَ يَنْفَعُ وَمِنْ قَلْبٍ لاَ يَخْشَعُ وَمِنْ نَفْسٍ لاَ تَشْبَعُ وَمِنْ دَعْوَةٍ لاَ يُسْتَجَابُ لَهَا

Ya Allah, aku berlindung dengan Engkau daripada ilmu yang tidak bermanfaat, daripada hati yang tidak khusyuk, daripada nafsu yang tidak puas, dan daripada doa yang tidak diterima.

[(Sahih Muslim, Kitab adz-Dzikr wa ad-Dua’ wa at-Taubah wa al-Istighfar, Bab At-Ta’awwuz Min Syarri Ma ‘Amila Wa Ma Lam Ya’mal, hadis no: 2722) – Hadis diambil daripada perkongsian Facebook Dr Ustaz Rozaimie Ramli ]

Namun bagi memudahkan proses menghafal dan mengamalkan, kita boleh bermula dengan potongan pendek doa yang lebih mudah.

Hati kita manusia biasa tidak putih dan suci setiap masa. Ada silap dan dosa yang boleh mencemarinya. Tetapi itulah gunanya amal baik serta doa-doa yang dititipkan Rasulullah SAW supaya kita boleh terus menyucikannya.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.