≡ Menu

Doa Selepas Azan Itu Mustajab. Jangan Lepaskan Peluang Ini. Ruginya

Lima amalan yang sangat baik untuk kita amalkan ketika mana azan solat dilaungkan.

Ianya mudah, tetapi ramai dari kita terlepas dan leka darinya.

Pendek saja waktunya, ‘pause’ sekejap sembang-menyembang tu, jom amalkan 5 amalan ni:

MUDAH TAPI RAMAI LUPA, INI 5 ADAB KETIKA AZAN YANG SANGAT BAIK UNTUK KITA AMALKAN
1. JAWAB AZAN
Diam ketika mendengar azan dan menjawabnya samada dalam keadaan bersih atau berhadas, junub atau haidh, besar atau mumayyiz. Kemudian perlu menjawab apa yang diucapkan oleh muazzin kecuali pada lafaz (حي على الصلاة) dan (حي على الفلاح).

Hukum menjawab azan adalah sunnah muakkadah (sunat yang dituntut).

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Ketika azan dilaungkan, kita sebagai umat Islam dianjurkan agar meninggalkan segala aktiviti yang sedang dilakukan serta dalam masa yang sama perlulah menjawab azan sebagai satu bentuk penghormatan.

2. SELAWAT KE ATAS NABI
Habis azan, berselawat pada baginda Nabi saw 1x.

BACA:  Pengganas Christchurch berfahaman Neo-Nazi

Selawat kepada Nabi SAW dengan suara yang perlahan, kemudian memohon kepada Allah wasilah dan berdoa kepada-Nya selepas selesai azan dengan jarak yang tidak lama.

3. BACA DOA SELEPAS AZAN
Amalan doa selepas azan tsabit dengan hadith Nabi SAW, dimana Jabir bin ‘Abdillah r.a telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:

مَنْ قَالَ حِينَ يَسْمَعُ النِّدَاءَ اللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ وَالصَّلاَةِ الْقَائِمَةِ آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيلَةَ وَالْفَضِيلَةَ وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُودًا الَّذِي وَعَدْتَهُ، حَلَّتْ لَهُ شَفَاعَتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Maksudnya: Barang siapa yang mendengar azan dan berdoa Ya Allah, Wahai Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan. Kurniakanlah kedudukan yang tinggi dan terpuji yang engkau telah janjikan kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan kehormatan, luluslah baginya syafaatku baginya pada hari kiamat.

BACA:  Asyik Marah Marah, Tak Tenang. Ini Petua Untuk Anda, Perbaiki Diri Anda

(Sahih Bukhari: 614)

4. SELEPAS AZAN, UCAPKAN:
أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ رَضِيتُ بِاللَّهِ رَبًّا وَبِمُحَمَّدٍ رَسُولاً وَبِالإِسْلاَمِ دِينًا.

Maksudnya: “Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, tidak ada sekutu baginya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya, aku redha Allah sebagai Rabbku, Muhammad sebagai Rasul dan Islam sebagai agamaku”,

Maka dosanya akan diampuni.
(HR. Muslim: 386)

5. BERDOA
Berdoalah apa-apa yang kita hajati, kerana ia salah satu waktu mustajab berdoa.
[HR. Abu Daud: 542, Hadith Hasan]

Sekejap saja peluang ini, jangan lepaskan. Sehari 5 kali laungan azan, usahalah amalkan kesemuanya pada waktunya.

Moga Allah swt sempurnakan pahala buat kita semua. Aamiin.
Wallahua’lam.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.